Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengurusan Kewangan

nak cerita ker tak nak…

Submitted by m.ruzaini.h on January 7, 2011 – 4:26 pm7 Comments

salam,

aku sebenarnya tak pasti nak cerita atau tidak pasal pelaburan emas ni… pelaburan emas adalah salah satu daripada portfolio pelaburan aku.. tp aku tak suka sgt nak cerita pasa gold dalam blog aku ni.. mungkin kerana harga yang mahal and terlalu banyak spekulasi berlaku.. tak yah cakap la spekulasi dari orang2 yang tak bertanggungjawab.. giler2 punya..

pernah dengan pasal arrahnu tak.. arrahnu ni macam kedai pajak gadai.. tp cara islam punya..arahnu telah disalah gunakan oleh ramai orang untuk buat money atas kepercayaan harga emas akan naik sokmo.. ramai yang tersilap langkah… and akhirnya emas yg ada dalam tangan terlelong.. klu aku cerita lagi details tentang kesalahan orang dalam pelaburan emas ni.. mesti kene paku gile2 punya oleh orang yg taksub dgn emas ni.. aper2 pun.. nanti kalau ada masa yang sesuai.. aku akan share dgn u all semua tentang emas ni.. dari kaca mata aku, seorang insan yang seba kekurangan..

mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa.. just nak share jer.. share is caring… open for comment.. :)

thanks

Ruzaini

Random Posts

7 Comments »

  • kero says:

    salam..aku baru nk bjinak2 ngan emas ni..cte la sikit..ilmu kn kongsi..hehehe

  • m.ruzaini.h says:

    insyallah saya akan cerita pasal teknik2 yang ramai orang praktikkan dalam gold investment ni.. sy akan cuba untuk terangkan kebaikan and keburukannya.. dari hamba yang tak beraper nak pandai ni..

  • ezwan says:

    Salam brother..aku ada kedai emas nie..nak tau aper cerita sebenar nie..harap arap ko terusterang jer no hiden statement la bro Ruzaini..ko mmg best!

  • m.ruzaini.h says:

    salam, bro ada kedas emas.. mantap tu.. takder hidden statment pun.. just apa yang kita perhatikan adalah spekulasi atas emas ni.. sejak kebelakangan ni agak berketerlaluan.. spekulasi yang saya maksudkan ini adalah statment yang mengatakan “confirm akan untung kalau beli emas” seolah2 tiada risiko kepada bakal pelabur emas yang baru..

    walaupun trend emas memang dalam trend menaik, still ada risiko sekiranya kita tidak berhati2.. kerana graph yang kita tgk dalam internet tu adalah buatan manusia.. macam mana mereka tentukan harga emas ni.. kekadang satu persoalan kepada sy yang tak tau apa2 ni..

    kalau emas ni dijadikan mata wang untuk kegunaan harian, saya amat setuju, kerana itu yang di amalkan pada zaman dahulu.. kerana nilai emas akan sentiasa sama, cuba bayangkan satu dunia berbelanja guna emas.. mesti la nilai dia sama, tidak macam duit kertas yang berbeza2 untuk setiap mata wang..

    tapi kalau beli emas kerana nak untung atas perubahan harga, dan assume yang emas akan naik sokmo.. umpama kita main saham, kita ambil risiko untuk untung, untung batu tenggelam, untung sabut timbul.. tidak salah untuk melabur dalam gold ni.. cuma jgn lah sampai set dalam kepala pelabur baru dengan mengatakan akan untung sentiasa tanpa cerita tentang risiko turun naik, spread yang diambil dan sebagainya kerana hendak menjual dan inginkan keuntungan dari pihak pelabur..

    berkenaan dengan arrahnu.. katakan kita gadai selama setahun, di anggarkan upah simpan adalah sebanyak 9% dari harga emas (bukan dari nilai gadaian), kalau kita dapat hanya 70% dari nilai emas itu.. adakah cos yang ktia tanggung masih 9%.. sebenarnya lebih lagi.. itu tak termasuk % kadar spread (perbezaan harga jual dan beli). teknik arrahnu ni memang bergantung pada keyakinan harga emas akan naik, dan ada lebihan sekiranya ditolak upah simpan and spread… time tu br untung.. kalau dalam 5,6 bulan ni harga emas menurun.. apa akan jd kepada org yang buat teknik ni.. mesti akan hadapi masaalah.. sehingga terpaksa guna duit lain untuk cover upah simpan.. akhirnya pasti akan tergadai..

    saya nak stress kan disini.. bukan saya kata salah buat pelaburan emas and guna teknik arrahnu.. cuma kepada ayng menjual gold bar and gold coin ni untuk pelaburan.. bgtau lah risiko kepada pelabur2 baru ni.. jgn hanya nak kejar keuntungan semata2.. terang kan seterang2 nya kepada mereka.. agar kita sama2 dapat keuntungan.. jgn sampai jd skim cepat kaya..

    with proper planning and proper perlaksanaan.. kita akan berjaya..

    saya mohon maaf sekirannya ada tersalah kata.. hanya risau tentang fenomena jual beli emas sekrang ni..

    aper2 pun.. gold in good investment for long term.. kalau buat spot.. macam berjudi la pulak.. aper2 pun.. renung2 lah.. :)

    sekian
    ruzaini

  • King of Bongo says:

    Nak citer pasal emas ni, sama la dgn aku juga. Aku beli emas jugak skrg ni, tak lah banyak TAPI emas salah satu port folio aku. Aku beli emas MURAH je skrg ni, mcm emas lelong ke, emas sangkut kat Ar Rahnu.

    Skrg ni syarikat syarikat emas tumbuh mcm cendawan, mcm mcm salesman skrg ni, siap mengaku jutawan pun ade, pakai nama jutawan pun ade, entah la betul ke diaorng tu jutawan. Bagi aku, nama jutawan tu layak diguna kalau seseorang itu mampu sign cheque RM1 juta.

    Satu je nasihat aku, jangan terpedaya dgn janji janji manis mereka ini. Peace no war !

  • arztman says:

    Komen tentang arrahnu emas….Arrahnu ni sistem islamic…klau disamakan upah simpan seperti interest konvensional memang tinggi la kos bayaran balik arrahnu ni…tapi, disebabkan ia adalah sistem islamic, kadar yg dikenakan adalah rahsia sistem itu sendiri yg kita manusia ni tak mampu fikir kenapa….sama seperti kadar zakat….cumanya disebabkan dijalankan oleh manusia, mesti ada kekurangan bukan disebabkan sistem ar rahnu ni, tetapi disebabkan tangan manusia tu….

    Komen tentang emas…saya setuju sgt dgn bro, dimana cerita emas ini terlalu positif hinggakan kabur tentang negatifnya….di dalam islam ia logam berharga,tapi jgn nafikan manipulasi manusia tentang emas ini…renung renungkan

    So, apa apa pun…matlamat kena jelas, niat kena betul, ilmu kena ada,amal ikut aturannya…lain2 kena tawakkal….sekadar pandangan je

  • Bacalah buku saya untuk pengetahuan saudara.
    Emas tidak islamik. Saya unjurkan ayat2 nya.

    Tahun 2015 ini saya akan terbitkan buku Kegagalan Emas Sebagai Matawang.
    Ianya menunjukkan mengapa emas telah gagal sehinggakan empayar islam tumbang.
    Banyak lagi yang menarik, contohnya penjelasan mengenai interest yg bukan riba.
    http://sirikegagalanemas.wordpress.com

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.