Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Amanah Saham Bumiputra & ASNB, Pengurusan Kewangan

berapa dividen ASB yang kita dapat hari ni?

Submitted by m.ruzaini.h on January 3, 2011 – 9:11 am135 Comments

Salam semua,

nampaknya, ramai yang search di internet pasal nak kira dividen ASB 2010, dividen 7.5% bonus 1.25%.. sebelum ni aku dah ada tulis pasal dividen ASB ni (click ).. tapi macam susah nak faham rasanya.. so, hari ni aku buat dalam jadual excel senang sikit nak faham kot.. aper2 pun.. try la tgk..

macammana calculation untuk dividen, kira dia macam di bawah, ianya dikira atas baki terendah setiap bulan untuk 1 tahun itu

dividen

seterusnya calculation untuk kira Bonus, ianya berdasarkan baki terendah setiap bulan untuk 120 bulan (10 tahun)

bonus

ada 4 case sebagai contoh untuk perbandingan seperti jadual di bawah

case1

kesimpulan case 1:-

saving = RM100,000

dividen diatas RM100,000 X 7.5% = RM7500.00

tapi kiraan dalam jadual adalah sebanyak RM6875 sahaja kerana untuk bulan 1 tiada dividen di kira kerana baki minimum adalah RM0.

——————————————————————————————————————————————————

case 2

Kesimpulan case 2:-

  1. total saving pada akhir tahun = RM6000.00
  2. selalunya orang kira dividen macam ni = RM 6000 X 7.5% = RM450 (kiraan yang salah)
  3. sebenarnya dividen yang dapat adalah sebanyak = RM 206.25
  4. so kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 3.44% sahaja.
  5. so kalau simpan secara tetap kita akan kehilangan half dari keuntungan yang diumumkan oleh PNB

—————————————————————————————————————————————————

case 3

Kesimpulan case 3:-

  1. total saving pada akhir tahun = RM2250.00
  2. selalunya orang kira dividen macam ni = RM 2250 X 7.5% = RM168.75 (kiraan yang salah)
  3. sebenarnya dividen yang dapat adalah sebanyak = RM 106.88
  4. so kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 4.75% sahaja dan bukannya 7.5%
  5. ini kerana dividen adalah dikira atas baki terendah setiap bulan.
  6. sebagai contoh bulan 8 walaupun pada awal bulan di masukkan RM300 and jumlah simpanan adalah sebanyak RM2200 pada bulan 8 itu, tapi baki minimum adalah rm1900 dan bukannya rm2200.. renung2 lah..

————————————————————————————————————————–

case 4

Kesimpulan case 4:-

  1. total saving pada akhir tahun = RM1800.00
  2. terdapat pengeluaran dan simpanan dilakukan sepanjang 12 bulan.
  3. selalunya orang kira dividen macam ni = RM 1800 X 7.5% = RM135 (kiraan yang salah)
  4. sebenarnya dividen yang dapat adalah sebanyak = RM 81.88
  5. so kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 4.75% sahaja dan bukannya 7.5%
  6. ini kerana dividen adalah dikira atas baki terendah setiap bulan. and setiap pengeluaran akan merendahkan lagi baki asb pada setiap bulan.. renung2 lah..

———————————————————————————————————————————————–

hopefully boleh faham la yer..

boleh download excel untuk kiraan dividen sahaja ———- > kiraan dividen excel

thanks

Ruzaini :)

Random Posts

135 Comments »

  • m.ruzaini.h says:

    eira:-

    dividen rendah kalau u masuk setiap bulan secara tetap coz dividen dikira secara prorate setiap bulan..

  • rikikurn says:

    bro,
    saya buat loan asb dari maybank sebanyak 90k untuk 25 tahun
    bayaran bulanan rm528..
    start dari januari 2010..

    nak tanya, kalau dah buat loan 90k dari bank tu..maksudnya,

    dividen tahun pertama – 90k x 7.5% (2010)
    dividen tahun kedua – 90k x 7.65% (2011)
    dividen tahun ketiga – 90k x 7.someting (2012)
    -go on and on-
    dividen tahun kedua puluh lima 90k x 7.something (2035)

    kalau pengiraan saya diatas ni betol..maknanya saya boleh gunakan dividen yg saya dapat utk cover bayaran bulanan saya..

    saya bagi contoh..
    sebulan bayar 528
    setahun 528×12=rm6336
    so rm 6336 perlu saya bayar setiap tahun sehingga 25thn
    pada masa yg sama saya terima dividen tahunan sebanyak,
    90000 x 7.5% = rm6750
    so dividen yg saya terima (rm6750)ni boleh la cover bayaran tahunan saya (rm6336)

    skarang ni sy buat bayaran dgn automatik cut dari akaun bank saya setiap 1hb setiap bulan..ade tak system yg boley buat bayaran automatik cut dari akaun asb saya pula?saya nak gunakan dividen itu utk bayar bulan2..

    harap bro faham dan boleh tolong..please ^^

  • m.ruzaini.h says:

    to ririkurn

    kalau bank beli sijil loan tu pada bulan 12.. maka akan dapat dividen untuk 12 bulan.. tp kalau bank beli sijil tu bulan 1, maka untuk tahun itu hanya akan dapat dividen untuk 11 bulan.. kerana ianya akan dikira atas baki terendah untuks etiap bulan..

    cara kebanyakan org dalam handle loan asb ni adalah.. dengan menyediakan duit bulanan untuk 1 tahun pertama sahaja.. dan untuk tahun seterusnya akan menggunakan dividen untuk bayar bulanannya.. kalau kene tambah pun.. rasanya tak banyak.. ianya bergantung kepada kadar dividen yang diumumkan setiap tahun itu.. so pada akhir loan tahun ke 25.. maka tuan akan dapat RM90k itu..

    untuk makluman jga.. takder opyion untuk automatik keluar duit setiap bulan dari akaun asb.. so kene buat manual..

    TQ :)

  • [...] seadanya. Di sini artikel asal. Comments (0) Trackbacks (0) Leave a comment [...]

  • zat says:

    salam bro…
    sy ni merupakan graduan permulaan…
    kalo sy nk wat pnjaman dr bank lain cntoh BANK ISLAM rm100000 tempoh 10thn pastu simpan kat ASB…
    leh bg tips/panduan pe2 yg patut..
    plen awl igt nk gne dividen je byr bg tahun ke 2…

  • m.ruzaini.h says:

    zat:-

    rugi buat personal loan lepas tu simpan dalam ASB.. saya cadangkan awak buat loan ASb semaksimum yang mungkin.. insyallah boleh untung.

    Tq

  • Syed says:

    salam bro…nak tanya
    saya nk wat asb loan rm10k…
    so bulan ke berapa yg sesuai untuk aply

    harap bro leh tlg…

  • m.ruzaini.h says:

    syed..

    apply seawal yang mungkin

    Tq

  • nik says:

    Salam. Ada satu persoalan yang masih lagi keliru. mohon bantuan tuan untuk pencerahan. Adakah jumlah wang hasil perolehan dividen yang tidak dikeluarkan daripada akaun ASB diambilkira dalam pengiraan dividen bagi tahun semasa walaupun had limit maksima telah dipenuhi. Kalau sekiranya tidak diambilkira adalah lebih baik dikeluarkan hasil dividen bagi dilaburkan ditempat lain. Terima kasih .

  • m.ruzaini.h says:

    nik:-

    salam, divident akan dikira atas baki yang ada didalam akaun (berdasarkan baki terendah bulanan),

    sekiranya anda ada duit RM200k didalam akaun, dan katakan dividen adalah 10%, maka awal tahun anda akan ada RM220k didalam akaun..

    untuk tahun seterusnya, sekiranya anda tidak mengeluarkan duit dalam asb, maka dividen akan dikira atas baki RM220k..

    so disini tiada issue apabila duit dalam akaun capai had maximum 200k untuk kiraan dividen..

    hope ini dapat membantu

    |Sekian
    Ruzaini

  • nik says:

    Ok. thank you. so we can get the benefit and the miracle of compounding interest (dividen). the longer you put into it, the bigger compounding dividen that you get. That we call the power of compounding interest…

  • mada says:

    Salam..

    Loan asb yg mne terbaik..maybank ka cimb

    Tq

  • Myra Jay says:

    Terima kasih, penerangan secara terperinci, mudah faham :D

  • m.ruzaini.h says:

    mada:-

    maybank islamic, cimb pulak boleh buat loan sampai 30 tahun..

    tepuk dada, tanya selera
    :)

  • m.ruzaini.h says:

    Myra jay:-
    tq kerana melawat :)
    ruzaini

  • fitri says:

    saya ada buat loan pada tahun 2009.
    pada tahun 2013 saya akan menutup satu akaun 20k.
    soalanya ,adakah ASB akan membayar balik pinjaman yang saya telah bayar selama ini???

  • m.ruzaini.h says:

    fitri:-

    bank takkan pulang kan semua yang anda bayar bulan2 tu.. tapi bank hanya akan bayar balik principle sahaja dan mungkin akan ditolak dengan charge2 lain.. boleh refer dekat bank loan itu dibuat untuk maklumat lanjut..

    Tq

  • Annahl says:

    good morning.

    dah faham dengan pengiraan asb.

    then tak faham dengan pengiraan bonus.

    mohon pencerahan:

    a) bagi contoh calculation untuk pengiraan bonus.
    b) then kenapa kena 1/120? 10 tahun? tak faham.
    c) kalau simpanan rm200k, dividen 7.75%, bonus 1.15%, saving rm200k sejak december 2011 dan takde pengeluaran langsung sepanjang tahun 2012, boleh tak kalao nak kira rm200 x 8.90% terus? (7.75% + 1.15%)

    thank you..

  • Annahl says:

    ralat:

    c) rm200k x 8.90% (7.75% + 1.15%)

  • m.ruzaini.h says:

    Annahl…

    Kalau dlm post sy, sy kira divident utk setiap bulan selama 12 bulan, macamtu juga utk kira bonus.. Kene kira utk setiap bulan selama 120 bulan yang lepas.. Itu yg perlu ada excel file…

    Kenapa tak boleh tambah jd 8.9%.. Ini kerana bonus dikira utk 120 bulan keatas baki untuk setiap bulan tu… Tp dividen hanyalah 12 bulan je..
    :-)

  • bob says:

    bro… saya mula loan asb pada bulan jun thn ni. so baru bayar dari jun samapi dec je. so saya akan dapat dividen juge ke hujung thn? tq..

  • m.ruzaini.h says:

    bob:-

    yup.. akan dapat dividen untuk 5 atau 6 bulan..
    :)

  • Hidayah Samsuri says:

    salam..sy student lgi… boleh x ak wat loan asb??

  • m.ruzaini.h says:

    Kalau dpt buktikan ada aliran keluar masuk duit dlm acc.. Boleh apply loan asb..

  • fara says:

    Salam abg zaini

    saya fara nak tahu bgaimane pengiraan asb saya ini.bawah ini adalah butir butirnye.tlg kirakan utk saya bole?

    january 2012 – baki unit – 219
    february 2012 -masuk 800 baki 1019
    mac 2012 -masuk 1000 baki 2019
    mac 2012 – keluar 1900 baki 119
    april 2012-masuk-1000 baki 1119
    mei 2012 – masuk 1200 baki 2319
    june 2012-masuk 2000 baki 4319
    june 2012 masuk 1000 baki 5319
    july 2012 -masuk 2000 baki 7319
    july 2012-masuk 700 – baki 8019
    ogos 2012-masuk 500 baki 8519
    september 2012 -masuk 2000 baki 10 519.00
    oktober 2012 -masuk 1700 baki 12 219.00
    october 2012 -masuk 300 baki 12 519.00
    oktober 2012-masuk 2000 baki 14 519.00
    november -nil
    dec -nil

    please kirakan utk saye..saya baru update dan hanya dapat rm 432.20 utk dividen dan 7.30 utk bonus.

    kenapa sedikit sgt.im expected for rm 1000 above.adakah sbb saya tidak konsisten menabung ataupun ada bulan bulan yg saya tidak masukkn duit?
    harap abg zaini balas email ini.yq

  • m.ruzaini.h says:

    Fara:-

    Sy dah kira utk fara.. Kiraan sy tak lari sgt utk dividen dimana abg kira.. Fara akan dpt dividen sebanyak rm423.20… So tak lari sgt dr yg dikira oleh asb…

    boleh guna excel ni http://perjalananku.com/wp-content/uploads/2011/01/kiraan-dividen-excel.xlsx

  • Tsya says:

    Salam,

    Saya dah menyimpan dari tahun Jun 2004, jadi bagi pengiraan 2012 bonus saya 12/103. Betul ke? Dan untuk tahun seterusnya pula 12/115?

    Terima kasih kerana membantu. :)

  • m.ruzaini.h says:

    Tsya…

    kiraannya akan tetap X/120… perlu dikira keatas baki teresndah setiap bulan…

    contohnya..

    pada bulan 6 tahun 2010.. saya ada baki terendah sebanyak RM 1000 = so bonus yang akan kita dapat untuk bulan 6 itu adalah sebanyak RM1000/120*7.65% = RM0.64..

    cuba kira bonus yang kita akan dapat setiap bulan selama 10 tahun yang terkebelakang… dan campur kesemuanya..

    Tq

  • tasha says:

    Salam Hi Zaini,

    About asb loan calculator dividend tu, nak minta tolong u advise kalau boleh..
    Just nak check dgn u, whether i kire betul tak..

    If i invest asb 25k without keluarkan that money for 20years, how much ye nett i akan dapat termasuk principal?

  • m.ruzaini.h says:

    salam natasha,

    loan asb yang anda buat adalah RM25k, selama 25 tahun, dividen 7.5% , bonus 1%

    so, by the end of 25 yr, u akan dapat (jika tidak pernah keluar langsung dividen)

    1) Rm100k (principle)
    2) dividen terkumpul = RM150,609.37

    total cash = RM 175,609.37

    modal = RM 151.24 X 300 bulan = RM45,372

    total untung = RM 175,609.37 – RM45,372 = RM130,237.37 @ 287% @ 11.48%/year

    Mohd Ruzaini Hashim
    http://www.perjalananku.com
    my blog

  • faiz says:

    salam en zaini.

    boleh tolong kirakan tak berapa hasil pelaburan saya untuk 20 tahun. saya mula asb bulan 10 2010.

    loan rm100000
    bayar bulanan : 647×3 (2010)
    650×12 (2011)
    650×12 (2012)
    652×7 (2013)

    setakat ni saya x pernah keluarkan lagi dividen dan bonus tahunan ( untuk 3 tahun yg lepas), saya buat auto-paid dari akaun cimb saya.
    jadi sekarang ambil contoh selepas ini rm652 tu saya konstant bayar smpi tahun 2030, berapa total pelaburan yg saya dapat?

  • Huda says:

    Bb

  • Huda says:

    Salam.
    Nak tanya.
    Saya masuk asb start july 2013.
    Amek loan RM55k selama 30tahun.
    So, berapa sy akan dapat in the end bulan 12?
    And kalau saya nak bayar next guna dividen, maknanya saya kena keluarkan dividen baya account loan. Persoalannya, saya patut baya sekaligus contohnya RM4k untuk setahun atau bayar ansur2 sebulan RM298?
    Dan hasil yg saya dapat?

  • khalif says:

    Salam bro..ada 1 soalan.. andai kata saya ada rm200k dalam ASB.. saya withdraw semua sekali pada november.. adakah saya layak untuk dividen yg di declare pada hujung tahun itu?

  • m.ruzaini.h says:

    Salam..

    Kalau duit 200k.tu dh ada dlm asb dari bulan 1 hingga bulan 11.. lepas tu keluar semua dlm bulan 11.. maka akan dpt dividen secara pro rate utk 10 bulan..

    Tq

  • eryn says:

    in my opinion better invest dlm unit trust than asb

  • lisa says:

    mohon pencerahan saya ada ambik loan asb tahun 2010 tapi sudah terjual oleh pihak bank dlm thn ni sbb tak mampu byr…,persoalannya bolehkah saya apply asb loan semula atau saya dah kena blacklisted

  • m.ruzaini.h says:

    Lisa..

    Cuba apply dgn bank lain..

    Mana tau lepas.. dan berdasarkan pengalaman adik sy.. dia dulu pun terjual sebab tak byr.. tp dia apply last year lepas je..

  • nad says:

    hi nak tya…kene bayar loan sblm 1hb atau 1hb onwards? sbb kata agent i kene start bayar on 1 dec, tp i byr on 2nd dec. supposedly my next payment should be on 1 jan. tp i lupa byr , bila cek ada 2 month outstanding. minta pencerahan. thx

  • m.ruzaini.h says:

    nad:-

    pasal system ni saya tak berapa pasti… tp yg pasti maybank akan tolak duit pada setiap 1 hb..

    mayb kene call pihak bank untuk kepastian

    Tq

  • syahmi says:

    nak men loan asb ada 2 syarat penting…
    1: bayar on time pada setiap 1st hb every month and
    2. jgn berenti dalam tempoh 3 taun wat loan

    y?
    1 : ada denda 1 percent dari monthly payment (denda tak kira brapa hari lewat bayar tetapi.. just dari jumpah bayaran shj..)
    2 : ada untung pas berenti AFTER 3 years even tempoh for 25 years…

    sapa2 yg berenti loan asb, kamu akan dapat balik hampir separuh dari jumlah loan payment yang telah dibayr bulan2… tu pasal nak berenti, berenti selepas 3 taun.. ada untung even xbnyak… =)

    kalau dorang umum asb 8.7, nak dapat penuh.. pastikan jumlah simpanan kamu tu TAK diusik selama setahun DAN (+) buku asb tu da 10 tahun dan ke atas kamu dah buka…

    thanx to admin.. paham sikit macam mana kiraan asb nie.. =)

  • me hero says:

    salam..

    sy msh blur pasal pengiraan dividen dan bonus asb..nak mntk tolong kira..

    sy ada 40k
    plan nak smpan d asb
    so mntk tolong kira brp untung sy dpt setahun..Thank you :)

  • azhari says:

    salam abg ruzaini..

    saye student yg baru abs balajr..22 thn..skg sye dh ada pekerjaan tetap
    baru 4 bulan bekerja..dn bercadang untuk bwt load asb

    sye nk pndpt abg.
    sye plan untuk buat loan 200k untuk 20thn maybnk islamik
    jumlah yg perlu dibayar stiap bulan adalah rm1315.00
    so total stahun 15780.00

    jika saya start byr asb tahun pertama dan bulan pertama
    dgn 16k..sye byr trus untuk 1 tahun..

    pendapat abg.?dividen yg sye dpt berapa..maaf sgt sye bru nk kenal dunia
    asb ni..mohon abg dpt mmbntu

  • haela says:

    Saya nak buat pinjaman asb 200k dalam bulan ini tapi dalam asb saya masih ada baki. Oleh itu saya perlu memindahkan baki yang ada sekarang ke dalam akaun yang lain. Persoalannya, bagaimana nak memastikan supaya baki terendah bulan ini bukan “0″ disebabkan oleh pemindahan baki asb saya yg ada ke akaun yang lain?

  • m.ruzaini.h says:

    haela

    sudah pasti baki terrendah akan jd 0 .. tak boleh elak.. kalau pindah semua.. confirm akan jd baki terendah bulan itu..

    jika sijil 200k tu dibeli oleh pihak bank sama bulan dari tarikh keluar duit sebelum itu.. maka hanya miss 1 bulan je dividen..

    rasanya takder big issue.. tp jika bukan keluar adalah bulan 1, tp bank beli sijil bulan 2.. maka u akan miss dividen untuk dua bulan.. kerana dua2 bulan itu baki terendah adalah 0..

    mayb boleh push bank beli sijil tu bulan yg sama untuk manimise kan impact 0 ni..

    elok apply asb hujung bulan.. lepas dah lulus br bawak keluar duit tu… and push bank untuk beli bulan yang sama dgn bulan keluar duit kita tu.

    Tqw

  • shah says:

    salam saudara.
    saya ada beberapa soalan.
    1.) kalau sudah cukup setahun ,bolehkah kita tukar loan kita ..contoh saya buat 50k…nak up lagi 100 k…
    2.) untuk keluarkan duit dividen asb boleh pada bila2 masa atau ada masa tertentu…
    3.) kalau buku sudah hilang , boleh buat buku yang baru x.

    terima kasih.

  • one says:

    asslamualaikom

    saya nak bertanya, saya mempunyai 30K untuk di simpan di akaun ASB,dari Jan-Dec.dan dalam masa same saya ada buat loan ASB sebanyak 30K jugak,( setiap bulan bayar rm179.00 )
    jadi berapa total anggaran dividen yang saya dapat.? ”tlong bagi tau”

    tq.

  • m.ruzaini.h says:

    shah

    jawapan

    1.) kalau sudah cukup setahun ,bolehkah kita tukar loan kita ..contoh saya buat 50k…nak up lagi 100 k…
    takyah tukar.. jsut tambah 50k.. so total jd la 100k

    2.) untuk keluarkan duit dividen asb boleh pada bila2 masa atau ada masa tertentu…
    bila2 yang rasa perlu.. tp cara sy.. asb semua adalah loan.. cash sy transfer ke Tabung haji/property atau lain2 yg boleh jana duit..

    3.) kalau buku sudah hilang , boleh buat buku yang baru x.
    boleh je.. tiada masaalah.. pergi je dekat pejabat asnb kata buku hilang.. ada bayaran kecil dikenakan..

    semoga dapat jawab soalan tuan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.