berapa dividen ASB yang kita dapat hari ni?
Salam semua,
nampaknya, ramai yang search di internet pasal nak kira dividen ASB 2010, dividen 7.5% bonus 1.25%.. sebelum ni aku dah ada tulis pasal dividen ASB ni (click ).. tapi macam susah nak faham rasanya.. so, hari ni aku buat dalam jadual excel senang sikit nak faham kot.. aper2 pun.. try la tgk..
macammana calculation untuk dividen, kira dia macam di bawah, ianya dikira atas baki terendah setiap bulan untuk 1 tahun itu
seterusnya calculation untuk kira Bonus, ianya berdasarkan baki terendah setiap bulan untuk 120 bulan (10 tahun)
ada 4 case sebagai contoh untuk perbandingan seperti jadual di bawah
kesimpulan case 1:-
saving = RM100,000
dividen diatas RM100,000 X 7.5% = RM7500.00
tapi kiraan dalam jadual adalah sebanyak RM6875 sahaja kerana untuk bulan 1 tiada dividen di kira kerana baki minimum adalah RM0.
——————————————————————————————————————————————————
Kesimpulan case 2:-
- total saving pada akhir tahun = RM6000.00
- selalunya orang kira dividen macam ni = RM 6000 X 7.5% = RM450 (kiraan yang salah)
- sebenarnya dividen yang dapat adalah sebanyak = RM 206.25
- so kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 3.44% sahaja.
- so kalau simpan secara tetap kita akan kehilangan half dari keuntungan yang diumumkan oleh PNB
—————————————————————————————————————————————————
Kesimpulan case 3:-
- total saving pada akhir tahun = RM2250.00
- selalunya orang kira dividen macam ni = RM 2250 X 7.5% = RM168.75 (kiraan yang salah)
- sebenarnya dividen yang dapat adalah sebanyak = RM 106.88
- so kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 4.75% sahaja dan bukannya 7.5%
- ini kerana dividen adalah dikira atas baki terendah setiap bulan.
- sebagai contoh bulan 8 walaupun pada awal bulan di masukkan RM300 and jumlah simpanan adalah sebanyak RM2200 pada bulan 8 itu, tapi baki minimum adalah rm1900 dan bukannya rm2200.. renung2 lah..
————————————————————————————————————————–
Kesimpulan case 4:-
- total saving pada akhir tahun = RM1800.00
- terdapat pengeluaran dan simpanan dilakukan sepanjang 12 bulan.
- selalunya orang kira dividen macam ni = RM 1800 X 7.5% = RM135 (kiraan yang salah)
- sebenarnya dividen yang dapat adalah sebanyak = RM 81.88
- so kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 4.75% sahaja dan bukannya 7.5%
- ini kerana dividen adalah dikira atas baki terendah setiap bulan. and setiap pengeluaran akan merendahkan lagi baki asb pada setiap bulan.. renung2 lah..
———————————————————————————————————————————————–
hopefully boleh faham la yer..
boleh download excel untuk kiraan dividen sahaja ———- > kiraan dividen excel
thanks
Ruzaini
one;-
jika cukup 12 bulan @365 hari duit tu berada didalam asb.. maka anda akan dapat 60k * dividen @ cth 60k*7.7% = +-4620
tq
Ruzaini
Nak tanya. Maaf sebelum tu saya baru tahu mcmni rupanya asb.
Saya masukkan rm1000 bulan julai 2014. Kemudian rm5000 ogos, rm2000 September, rm2000 October. Saya takpernah keluarkan. Jadi jika saya masukkan rm5000 pada November. total ada 15k. Kira nya dividen dapat berapa? Betul ke apa saya buat? Mohon pencerahan
ain..
kiraan atas baki trendah setiap bulan..
julai – baki terendah Rm0 – dividen 0
ogos – baki terendah Rm1000 -cara kiraan kiraan (7.7%/12bulan * baki terendah) = dividen 6.42
september – baki terendah Rm6000 – dividen 38.5
october – baki terendah Rm8000 – dividen 51.33
november – baki terendah Rm10000 – dividen 64.17
disember – baki terendah Rm15000 – dividen 96.25
total dividen RM256.66
mohon pencerahan jgk ,,
saya tk masuk bulan2 cuma sy ade balance RM 31,105 pd 7/1/14
so itu kira mcm mn
blh tlg tak cmna nk kira
1.sori tk detail ,, bal 7/1/14 rm 31105 tk de kluar masuk ,, kiranya smpi closing ASB pun itu la balance dia ,, cmna kira tu ,,
2.akaun anak sy bal 7/1/14 pun RM31105 ,,sy tak masuk bln2 ,, cuma bln nov ari tu sy ade masukkan RM6685 ,,nk tau cmna kira ,,
tQ ,really appreaciated !
zila:-
akaun zila:-
dividen bulan 2 hingga bulan 12.. 11/12 X 7.5% X 31105 = RM2138.46
akaun anak
dividen bulan 2 – 11 = 10/12 X 7.5% X 31105 = RM1944.06
dividen bulan 12 = 1/12 X 7.5% X 37790 = RM 236.19
total akaun anak = RM2180.25
Salam. Harini ASNB dah announce divided 7.50sen dgn bonus 1 sen. Jika sy ada ambil ASB loan 30k, dividen dan bonus tu macam mana kira ye? TQ in advance.
Hi..nak tanya jugak…
kalau yg ambik loan ASB tu untung ke? Coz ada kwn suggest ambik loan ASB dengan dia…tgh fikir la ni byk pro @ kontranya …
kira2 bonus utk yg loan ASB mcmna pula?
Contohnya, orang tu ambil loan ASB rm60k utk 30 tahun.so berapa bonus ( pengiraan ) yg dia akan dapat?
Mcm mana pulak pengiraan kalau kita buat loan 200k diaorang ambil kira 200k tu ke.. bonos pulak cm mana nk kira .. mohon pencerahan..
salam..tumpang tanya
last baki dlm asb sy ialah rm 5k..pada awal november..pertengahan nov sy top up rm50k…jumlah skrg dlm akaun 55k…mcmana pengiraan? adakah di ambil kira?
tq
Naim:-
boleh rujuk article saya yang lepas..
http://perjalananku.com/?p=2220
dan link ini untuk kira dividen menggunakan excel http://perjalananku.com/wp-content/uploads/2011/01/kiraan-dividen-excel.xlsx
mai:-
loan asb adalah yang terbaik untuk kita buat..
dividen untuk 60k = 60k*7.5% = RM4500..
jika hendak tahu cara kiraan nya secara teknikal.. boleh lawat link ini http://perjalananku.com/?p=2220
dan link ini untuk kira dividen menggunakan excel http://perjalananku.com/wp-content/uploads/2011/01/kiraan-dividen-excel.xlsx
Hamidah:-
Dividen dikira secara prorate atas baki terendah bulanan selama 12 bulan..
manakala bonus dikira secara prorate atas baki terendah untuk 120 bulan..
boleh click link ini untuk kiraan secara teknikal – http://perjalananku.com/?p=2220
dan link ini untuk kira dividen menggunakan excel http://perjalananku.com/wp-content/uploads/2011/01/kiraan-dividen-excel.xlsx
hayati,
kiraan dividen dan bonus adalah berdasarkan baki terendah bulanan..
boleh click link ini untuk kiraan secara teknikal.. http://perjalananku.com/?p=2220
dan link ini untuk kira dividen menggunakan excel http://perjalananku.com/wp-content/uploads/2011/01/kiraan-dividen-excel.xlsx
sekian
[...] untuk penerangan lanjut, boleh click link ini — > http://perjalananku.com/?p=2220 [...]
salam tuan..leh bg emel kan sy formula perkiraan dividen tu..link dlm blog tuan xdpt download..ni emel sy [email protected]
salam,
saya nak ty jika simpanan kita cukup 365 hari (jan-dec)
adakah deviden dikira utk bulan jan? baki terendah sama sepanjang tahun dari tahun lepas??
Ok. Thanks M.Ruzaini.. blog ini dan penerangan anda amat membantu
raz:-
jika duit dimasukkan sebelum 31 disember.. maka anda layak untuk mendapat dividen 12 bulan..
Tq
mai:-
welcome
Ruzaini
Hi admin, bagaimana pula pengiraan bunga asb loan ini? Pinjaman rm 35k selama 5 tahun. Ada kah sama pengiraannya? Bole tolong kira kan? Thks admin
Maksud tuan simpanan secara tetap merugikan?
toad,
boleh guna excel untuk melihat yang mana lebih untung..
maafkan saya tapi saya masih memerlukan clarification
kesimpulannya,
simpanan tetap RM500 setiap bulan adalah merugikan berbanding menyimpan terus RM6000 pada awal tahun, begitu?
bagaimana pula dengan penyimpanan yang tidak tetap pada setiap bulan, adakah ia lagi merugikan?
macam mana nak kira kalau dlm bank ada 100000 dan saya simpan pada buln 3 lepas tu tdk perna kluar n masuk?
Saya pohon penjelasan, baki akaun asb sy pada jan 2015 adalah rm100, jadi pada bulan feb 2015 sy masukkan rm 15,000, sy bcadang x akan bawa keluar n x akan tmbh amaun ni sehingga tahun 2016, berapa dividen sy akan dpt?
Menapa kalau simpan secara tetap sebagai cth di atas, rm 500 setiap bulan akan mengakibatkan kehilangan half drpd peratusan dividen?
Khairi,
Kerana ianya dikira atas baki terendah bulanan..
woi pinjam duit asb leh tak nak beli dunhill batang?
khairi:-
sila jumpa saya di kedai rokok belakang rumah pakji din.
Tq
Baki terendah pada sesuatu bulan dikira dari berapa hari bulan?
Misalnya untuk bulan baki terendah bulanOktober;
Adakah 1 bulan (Oktober) dikira dari 1/10/2015 hingga ke 31/10/2015; ATAU
Adakah 1 bulan (Oktober) dikira dari 7/10/2015 hingga 7/11/2015?
Terima kasih.
ariff:-
utk sahkan tarikh yang digunakan oleh asnb boleh tanya direct ke asnb..
saya ikut tarikh 1/10/2015 – 31/10/2015..
tq
Tambahan,
deposit duit pada 1hb pada bulan tu dikira dividend bula tu
jika deposit duit 1 hb julai, maka dividend bulan julai dikira
jika deposit duit salepas 1hb, maka dividend dapat pada bulan berikutnya.
[...] aku tu tak boleh praktikkan sebab kalau nak ikutkan, boleh rujuk sini untuk tengok cara pengiraan yang [...]
Hai Admin, saya nak tanyalah saya baru bukak akaun ASB dipejabat pos dengan wang permulaan RM100.00. Contoh kalau saya ingin keluarkan dalam masa tempoh
2 tahun setengah apakah akan ada keburukannya ?