Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Amanah Saham Bumiputra & ASNB, Pengurusan Kewangan

apa yang menarik tentang loan ASB

Submitted by m.ruzaini.h on January 2, 2011 – 11:12 am115 Comments

salam, sebelum ni aku cerita pasal  perbezaan  self saving and loan asb( click — link) itu pun ilustration untuk 5 tahun sahaja, tapi jika kita nak masuk loan ASB ni.. bukan kita nak bayar sampai 25 tahun kan, giler per hutang dekat bank lama2.. buat naya jer.. abis tu biler masa yg sesuai untuk terminate loan tu kan.. jom, aku cerita sikit berdasarkan table yg aku tunjuk dibawah ni.

.
loan asb

kita lihat, dengan loan ASB ni.. memang return@kadar keuntungan ( more 15%) yang kita dpt adalah melebihi bonus(7.5%) yang diumumkan OLEH PNB untuk amanah saham ASB ini.. sebab tu saya boleh kata, simpan sendiri kita akan rugi peluang untuk dapat keuntungan yg lebih tinggi(more 15%/year loan ASB), but semua orang tahu, kalau kita main dengan loan ni, perkara pertama yang kita mesti nilai adalah toleransi kita dengan risk, kalau berani ambil risk, teruskan, kalau asik berfikiran negatif, baik blah dari page aku ni..

so, tajuk kata apa yang menarik dgn loan ASB ni adalah keuntungannya..  loan ASB (>15%) VS  self saving (3-7.5%)..

dalam loan ASB ni, ada 2 teknik yang biasa orang guna.. teknik2 tu macam dibawah ni (refer table untuk details)

untuk teknik 1 ( dividen tak keluar, instalment bayar tanpa miss)

  1. terminate pada tahun ke 3 and anda akan dapat keuntungan sehingga 18%/ year
  2. kenapa bukan tahun ke 5 seperti yg dicadangkan oleh ramai forumer and otai2.. coz lagi lama kita simpan loan ni lagi kurang untung nya and lama kadar yang kita dapat adalah contant.. tak rugi sgt pun, tp kita kehilangan potential nak buat keuntungan tu..
  3. kenapa tak terminate tahun pertama jer, kang lagi tinggi kadar keuntungannya.. giler ker aper klu terminate time loacin period.. memang kene denda 3% dari total loan (maybank lockin period 2 tahun) kan rugi..
  4. guna teknik ni, cash yang kita dapat pada tahun ke 3 adalah besar compare dengan teknik ke 2 yang akan aku terangkan selepas ni tapi modal dia agak tinggi..

teknik 2:- bayar instalment tahun pertama, untuk instalment tahun ke 2 onward guna dividen untuk bayar instalment

  1. terminate loan tahun ke 5 and anda akan dapat keuntungan sehingga 18%/year
  2. kenapa bukan tahun ke 3 macam teknik 1, maner boleh, kang rugi tak pasal2 lak.. just 4%, lagi untung simpan sendiri klu nak terminate awal.
  3. mengikut teknik 2 ni, lagi lama kita simpan loan ni, lagi tinggi keuntungan yang kita dapat, and klu compare dengan teknik 1, ianya amat berlainan dari segi keuntungan..
  4. cash value kurang, tapi modal ciput jer.. leh dapat untung byk.. :)

tak kesah teknik aper yang anda nak guna, make sure kita tau akan risiko yang akan kita hadapi, risiko seperti

  1. BLR naik
  2. bonus sikit
  3. kehilangan kerja
  4. dan lain2

orang kata, takkan la nak untung jer tanpa ada risiko, tak thrill la, ini bukan skim cepat kayap….

macam aku, aku suka teknik no 1, coz lepas 3 tahun leh dpt cash yg banyak sikit… and lepas tu apply balik..

tp untuk teknik no 2, aku pun guna gak, tp buat loan guna nama adik aku yg masih belajar dekat IPT.. before they all abis, baik aku guna jer peluang yg ada.. tp up to 50k jer.. aper pun.. aku combine 2 teknik ni untuk buat max profit.. up to 15% return peryear..

eh, luper nak bg tau.. kiraan aku ni tak termasuk takaful tau.. sendiri mau ingat yer..

sekian

Ruzaini :)

* kiraan berdasarkan

loan RM100k
term 25 tahun,
interest 4.65% (BLR-1.65)
dividen 7.5%, bonus 1.25%

Random Posts

115 Comments »

  • m.ruzaini.h says:

    Amir,

    Just terminate je.. Tak perlu byr bakinya guna duit dividen.. Time terminate tu anda akan dpt sebahagian kecil dr duit bulanan yg anda byr tu dan sebahagian duit insuran… So dpt dividen+bonus+principle+insuran… Lepas terminat tu reapply baru

    Roi dlm 11%.. :-)

    Sy cadangkan, setiap tahun tambah loan asb tu sebanyak 50k until sampai limit @ 200k

    Good luck :-)

  • fathiyah says:

    Salam Encik.
    Saya kurang faham lah teknik2 yg encik tulis. boleh ke kalau encik terangkan lbh lanjut? sye buat loan ASB 50k. sya berminat nk tahu cara terbaik untuk loan ni. thx.

  • m.ruzaini.h says:

    fathiyah:-

    untuk permulaan ni.. just boleh ikut 2 teknik ni..

    1) apply loan, bulan2 bayar guna duit sendiri
    2) apply loan, tahun pertama bulanannya pakai duit sendiri, untukt ahun seterusnya pakai duit dividen..

    insyallah boleh untung,
    good luck yer…

  • mazlan says:

    salam boss…nk tye ckit…kn ada plan loan ASB yg byar interest dlu,taun ke-3 bru byr penuh…klu yg pakage tu ok ke??

  • m.ruzaini.h says:

    mazlan:-

    package RHb tu dah takder dah…

    Tq

  • [...] Link 1 —> Apa yang menarik tentang ASB loan [...]

  • dare to rule says:

    nak tanya saya ada buat loan 50k maybank
    tahun pertama saya bayar sendiri
    tahun 2-5 saya bayar pakai div
    jadi kalau saya jual balik loan tu
    saya dapat berapa?

  • m.ruzaini.h says:

    dare to rule:-

    2-5 terminate.. anda akan dapat principle + baki insuran yang tak digunakan…

    principle try guna amortization table.. insuran pulak kene tanya syarikat insuran atau bank..

    tapi final value ditetapkan oleh pihak bank.,.

    harap maklum

    tq

  • abdul said says:

    loan OD-ASB saya br shj diluluskan sebanyak rm40k…persoalannya bolehkah saya menggunakan loan ini utk memaksimakan ROI asb??? sekiranya boleh..adakah caranya sama dgn loan asb guna CC?

  • m.ruzaini.h says:

    abdul said:-

    cara yang paling senang… ambil 38k dari od.. dump dalam ASB balik… confirm dapat ROI tinggi…

    cadangan saya… combine kan semua teknik yang ada untuk dapatkan maximum ROI…

    Tq

  • wan says:

    bagaimana kalau brenti kerja? saya nak bayar dah sangkut. bank pula asyik mesej akan kenakan senarai hitam. apakah senarai hitam ini memberi kesan jika saya nak buka akaun perniagaan dan akaun simpanan?

  • m.ruzaini.h says:

    wan,

    loan ASb boleh terminate… tp kalau ada lockin period, akan ada penalty… untuk makluman, sekarang ni semua loan asb di cimb and maybnak dah takder lockin period..

    Tq
    Ruzaini

  • jd says:

    Berapa peratus dividen asb 2014 loan saya sebanyak 200k

  • kin says:

    salam,
    saya nak tanye kalau kita terminate loan ASB x sampai setahun kena penalti x?

  • m.ruzaini.h says:

    kin:-

    kene tgk dalam perjanjian..

    Tq

  • ain says:

    Salam..sy nak tanya, kalau sy apply loan asb 50k dlm bln november ni, sy akn dpt dividen x utk bln januari 2015 nant?

  • m.ruzaini.h says:

    ain:-

    kalau bank beli sijil tu dalam bulan november.. akan dapat dividen untuk sebulan (bulan disember)

    tq

  • hanny says:

    Salam.loan saya 50k 2005 dan 50k 2009.kedua2 loan ini tamat pada 2017.perlukah saya terminate atau melangsaikan bayaranbaki pinjaman. Yang mana lebih menguntungkan.

  • m.ruzaini.h says:

    hanny:-

    bergantung kepada matlamat hanny..

    boleh terminate and apply lagi…

    atau boleh abiskan term..
    dua2 untung..

  • M.khairuddin says:

    Salam saudare,
    saye dah ambik loan asb sbyk 50k tahun lepas. Saye bercadang tahun depan atau tahun depan lagi nk tambah lagi 50k. Menurut pendapat saudara, adakah menguntungkan jika saye menggunakan dividen tahun pertame untuk bayar loan tambahan. Manakala bulan2 sye terus byr mcm biase untuk 1 lagi loan? Mohon pencerahan kerana saye pekerje swasta yang bergaji minimum 1k sahaja.

  • m.ruzaini.h says:

    M.Khairuddin,

    cara yang tuan plan nak guna tu insyallah akan beri keuntungan.. teruskan.. make sure dividen yang diperolehi itu hanya untuk byr loan ASB.. jika ada lebihan biarlah dalam akaun ASB..

    coz cara yang tuan plan nak buat tu adalah basic kepada teknik ASB ni.. jika tuan banyakkan pembacaan dan simulate dalam microsoft excel.. tuan akan temui teknik2 lain yang lagi tinggi ROInya dan risiko akan turut meningkat contohnya,

    LASB+Credit card
    LASB+Credit card+OD
    LASB+Credit card + hartanah
    LASB+Credit card + emas
    LASB+property+emas..

    untuk emas tu.. sy nasihatkan untuk elak sama sekali skim2 cepat kaya emas yang menjanjikan pulangan yang tak masuk akal.. kerana bg saya skim2 emas yg terdapat dalam pasaran sekarang adalah menyimpang dan ianya adalah skim pusing2 sampai tepu.. dan akhirnya tersungkur..

    sekian
    Ruzaini

  • M.khairuddin says:

    Salam saudara ruzaini. Setelah menghabiskan pembacaan mengenai artikel tentang teknik asb ini, saye bercadang menggunakan teknik ke2 dlam artikel ini. Carenye:
    1)setiap tahun saye akan tambah loan sehingge tahap maksimum. 50k setiap thn
    2)kemudian, bile sampai tempoh mtang katakan 5thn. Saye akan terminatekan loan yg terdahulu satu demi satu.
    Tapi saye belum pasti adakah care ini berkesan dan memudahkan saye mengambil semule loan dalam jumlah yang besar kemudiannye. Kerane saye kini sudah berumur 32tahun dan baru berjinak dalam pelaburan asb gune loan ni.
    Harap membantu

  • m.ruzaini.h says:

    M.khairuddin,

    cara topup loan setiap tahun tu adalah langkah yang bijak untuk memaksimumkan jumlah loan.. make sure dapat byr loan 50k tu untuk 4 tahun sekurang2nya..

    teknik terminate selepas 5 tahun sesuai pada mereka yg start awal(umur muda) dan teknik ni bergantung kepada nilai insuran yang perlu kita beli untuk apply loan yg baru (ada bank tawar loan asb tanpa insuran).. selalunya jika umur dah 37 tahun.. insuran akan meningkat.. bila sampai 5 tahun tu. tuan simulate kembali excel yg byk terdapat di internet atau dalam page sy ni.. cuba kira untung dan rugi jika terminate.. jikalau rasa berbaloi.. maka teruskan je..

    tq

  • Azah says:

    Salam,

    Macam saya, dah buat 50k loan dan sekarang dah 3 tahun lebih. Saya bercadang nak terminate easy rhb dalam bulan 1, 2015 dan nak apply cimb pula. Normally, kita blh update asb dalam bulan 1 juga..Bila saya kira dividen yg saya akan dapat pada bulan 1, 2015 ni dalan 3750 sahaja…Jika saya terminate selepas sy update asb tu, blh tak sy gunakan duit dividen tu utk bayar setahun di cimb pula.

    adakah bila sy terminate easy rhb itu, masih ada keuntungan lain selain daripada dividen tu?

    Senang tak proses nakcterminate? mereka ada byk tanya ke? oo ye, lagi satu dulu masa saya apply easy rhb, sy bekerja dengn pendapatan tetap.
    sekrang saya tak kerja. Cont belajar..boleh mohon easy cimb ke?

    minta tolong jawab ye

    terima kasih

  • combat says:

    Salam Tuan,

    Ade buat special post pasal lasb+cc+od tu ke? Saya nk tahu

  • omurice says:

    saya gunakan teknik 1, memang berbaloi. terbaek, saya sangat suka…. tapi saya tak continue sbb target tak berhutang dah..

  • m.ruzaini.h says:

    combat:-

    ada buat dulu.. bro kene godek2 dalam page blog saya ni..

    Tq

  • sobri says:

    salam tuan…pelajar boley buat loan x?

  • m.ruzaini.h says:

    sobri..

    boleh.. under family package.. cuba tanya bank tetang asb family ni..

  • mami c says:

    Salam nak tnya. Saya buat loan asb maybank 2012 50k 20thn, rm341 sebulan.. Nak terminate, agak nya berapa saya dpt pulangan duit balik? .. duit tu masuk acc mana ye? Savings acc maybank atau acc asb dan tempoh nak dpt balik duit tu.. tq… :-)

  • m.ruzaini.h says:

    mami c..

    boleh guna table armotization yg ada dalam net untuk kria berapa baki yang akan dapat…

    duit lebihan (principle paid ) akan masuk dalam akaun bank selepas proccess jual beli balik sijil asb selesai.. mungkin akan ambil masa 1 bulan ke 3 bulan…

    thanks

  • mami c says:

    Ok thanks! :-)

  • Miss. V says:

    En. Ruzaini,

    info : june 2014 loan asb approve rm50k
    dividen tahun 2015 (dah ambik)

    saya tak pernah miss lg pembayaran bulanan loan asb..saya bayar Rm 300 / rm 272 jumlah loan (maksudnya ada ada lebih bayaran loan stiap bulan)

    saya nak terminate loan ni tapi bila masa yang sesuai (asap)..mohon pendapat dan cadangan

  • m.ruzaini.h says:

    miss v,

    lepas 2 tahun..

  • Iqram says:

    Salam.. Sy buat asb loan maybank 20k selama 10 tahun pd 2008.. Sy terminate pd bulan 0gos 2015.. Pd bln ogos sy check outstanding balance dkt maybank2u adalah 9k.. Tapi pd bln september saya check dia bertambah jadi 11k.. Kenapa ye?

  • m.ruzaini.h says:

    Iqram:-

    saya tak pasti.. kene tanya pihak yg memberi pinjam..

    Tq

  • lin says:

    Sya ada basb loan 40k 30 tahun..asb disbursed pda sept 2014..so sya bercadang utk terminate asb pda dec thun ni..adalah ia tidak merugikan sya..

  • lin says:

    Sya ada bt loan asb 40k utk 30 thun..loan disbursed pda sept 2013..so skrg sya ada merancang utk terminate asb pda dec 2015..adakah itu akn merugikan sya..mksudnya sya ttp dapat refund tak..dan insurance pula mcm mna..adakah dberi bayaran juga..

  • m.ruzaini.h says:

    lin..

    principle paid yg akan dapat lepas termination bergantung kepada jumlah insuran dan baki loan… boleh check dkt cimb click (jika loan cimb) dgn menggunakan formula ini…

    40k-baki loan = ??? —baki loan boleh dapat di cimb clicks atau call je bank//

    lepas termination.. boleh claim baki insuran yang tidak digunakan.. boleh rujuk pegawai bank..

    untung atau tidak terminate selepas 2 tahun bergantung kepada kaedah yang cik pakai… dividen 2 tahun masih di asb atau dah digunakan.. kalau dividen digunakan untuk serve loan asb atau dividen tidak dikeluarkan langsung.. maka cik buat satu teknik yang menguntungkan.. kalau dividen digunakan utk peribadi atau tanpa hala tuju.. maka keuntungan adalah sikit tp still untung..

    tq

  • Nurul says:

    Sy ade asb loan rm100k, hajat nak terminate,sudah 5 tahun lelabur.or ade cara lain yg lg baik tak?mmg sebelum ni sy hanya byr tahun pertama n tahun seterusnye mmg byr guna dividen jer

  • m.ruzaini.h says:

    Nurul:-

    boleh terminate lepas tu reapply baru untuk jumlah yg lebih tinggi cth 200k (tanpa insuran utk ROi lebih tinggi)

    Tq

  • izzat says:

    Salam tuan,

    sy nak tny pendapat tuan..skarg ni sy ada buat ASB 50k CIMB..tempoh 30 thn..bln Rm287..tiap2 bln sy akan byr rm300..sy bercdg utk terminate dlm 3thn..

    pada pndpt tuan adakah cara ini sesuai?

  • m.ruzaini.h says:

    izzat:-

    yup.. terminate setiap 3 tahun pun bagus.. lagi best kalau buat loan asb semaximum yang mungkin seperti 200k..

    Tq

  • ekin says:

    nak tumpang tanya..

    sy buat loan 20k 25 tahun (julai 2013)
    bulanan 125 (ada tunggakan 2bln sejak berhenti kerja)

    kalau sy terminate berapa sy akan dpt balik..or xdpt lansung?

  • m.ruzaini.h says:

    ekin:-

    insyallah ada lebihan dari loan tu.. cuba tanya baki berapa..

    formula dia lebih kurang mcm dibawah.

    duit lebihan = 20k – baki loan

    sekian..

  • Bobkota says:

    Pening pala la sat kawan tu kata lagu ni sat kawan ni kata lagu ni…

  • m.ruzaini.h says:

    Bobkota:-

    jgn pening bob.. layan je lagu siti norhaliza..

    Tq

  • zara says:

    Nak tumpang Tanya..

    Sy ada terminated ASB loan pada bulan 8/2015 Dan dapat surplus rm1400 bila update akaun ASB pada bulan 9 dan duit insurance.

    Adakah sy masih layak dapat dividend pada jan 2016 bagi tempoh januari-jun 2015 yang sy dh bayar bulanan

  • m.ruzaini.h says:

    zara:-

    mungkin dapat sedikit disebabkan bonus dikira utk 120bulan terkebelakang atas baki minimum bulanan..

    ruzaini

  • linda says:

    salam,
    saya ade beberapa soalan

    1. sy nak terminate loan asb maybank, da 3tahun da tempoh loan adakah sy kene terminate kt tempat yg sy buat loan (di kl) or boleh bt di tmpat sy menetap sekrg (terengganu)

    2. setiap kali dividen & bonus asb sy keluarkan & guna.. so bulan2 still bayar seperti biasa rm 212.00 sebulan. berapa sy dpt setelah terminate loan

    tq tuan..

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.