Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengurusan Kewangan, takaful - MAA takaful

Perlukah takaful untuk penjawat awam??

Submitted by m.ruzaini.h on December 14, 2010 – 7:21 am7 Comments

salam,

hari ni nak bercerita mengenai takaful, bukan pasal ODASB..

macam ni, saya sekarang bekerja dengan kerajaan under kementerian pengajian tinggi.. so, semua orang sedia maklum, sebagai penjawat awam, kami diberi kemudahan medical di hospital kerajaan, orang kata, masuk hospital free.. just bayar apa yang patut jer..

sekarang ni ramai agen2 takaful/insuran datang merayau2 di tempat kerja saya, menerangkan kebaikan tentang takaful, disuruh masuk selalunya untuk nilai RM150/month minimum.. pernah tak kita tertanya, adakah perlu kita product2 yang di terangkan tu.. contohnya, medical card, personal eksiden dan lain2.

walaupun dalam satu polisi, product2 tambahan seperti medical card akan dikenakan charge. mungkin lagi mahal, kalau di bandingkan dengan mengambil medical card sahaja tanpa di attach dengan investment link.

selalunya agen yang menjual product investment link ni suka pujuk kita dengan menerangakn beraper return yang kita dapat, and they all kebanyakannya tak terangkan kenapa kita perlu ambil dan kelebihan takaful ni.. just pentingkan keuntungan..

aku dah merepek ni..hahaha

HOW TO CHOOSE…. macammaner nak pilih product takaful jika kita pekerja gov..

  1. medical card - TAK PERLU, masuk hospital gov jer.. FREE, tapi kalau ada lebihan duit, boleh jer, coz layanan di hospital swasta much better dari hospital kerajaan(itu org kata) kalau kita pentingkan kelesaan and kalau nak ambil jugak, ambil polisi yang berasingan dari takafulink.
  2. Personal eksiden – PERLU, kang eksident susah, kalau meninggal takper.. klu lumpuh.. saper nak jaga.. kalau boleh ambil polisi yang berlainan, yang tidak attach dengan takafulink, kerana selalunya yang asing ni, lagi murah and cover dia lagi besar.. —> rujukan link click https://www.maatakaful.com.my/pdf/patina77.pdf
  3. Elaun hospital – PERLU, dapat elaun harian, duk hospital dapat duit, duit gaji lagi.. kayo2.. yang ni akan jd riders dekat dalam takafulink
  4. Penyakit Kritikal - TERPULANG, sekarang ni, penyakit pelik2 banyak.. tak kenal usia atau rupa.. mane tau nasib tak baik..yang ni terpulang kepada anda.. charge yang dikenakan untuk riders ni agak rendah, tp bergantung kepada umur.
  5. riders lain2 seperti penyakit wanita, perlindungan haji, contribution waiver dan lain2.. terpulang kepada anda semua.. tapi harus diingat, yang rider2 yang lain ni mungkin anda perlu, mungkin anda tidak perlu.. renung2 lah.

diingatkan sekali lagi, takaful hanya cover nyawa and lumpuh sahaja.. bukannya perkara2 lain.. kalau nak cover perkara2 lain.. anda perlu riders yang telah di peruntukkan didalam takafulink.. and pengambilan riders ini akan menjejaskan kadar pulangan pelaburan anda.. kerana riders2 ini akan dikenakan charge..

selalunya kita perlukan (untuk kebanyakan orang) :-

  1. medical card
  2. personal eksiden
  3. elaun hospital
  4. penyakit kritikal

hanya itu basic yang perlu kita ada.. yang lain2.. terpulang.. jangan kerana ikutkan orang, maka kita berbelanja lebih dari yang perlu untuk takaful…

jikalau perlukan nasihat.. hubungi saya [email protected] atau 0133999160

TQ

Random Posts

7 Comments »

  • cyek says:

    Lepas pencen, pesara gov masih mendapat medical coverage?
    Sy keje kat GLC..sekarang ni medical memang semua cover..tp lepas pencen tak medical tak cover lagi. perkara ni jadi selling point by agen insurance utk jual product kat saya..katanya bila dah tua premium lg kene bayar tinggi.. Apa pendapat tuan?patut sy amik medical card ini atau tak?
    tq

  • m.ruzaini.h says:

    yup.. pesara gov still dapat medical benefit jika ambil skim pencen, tp klu pilih skim kwsp maka kemudahan itu tidak akan dinikmati…

    dan untuk pekerja swasta, akan dicover oleh syarikat semasa berkhidmat, tapi selepas bersara tidak akan ditanggung..

    berkenaan dengan bayaran premium yang tinggi bila dah tua, itu adalah benar.. kerana masa kita tua, banyak penyakit akan datang menyerang..

    for me, kene ambil insuran semasa muda iaitu semasa tidak ada penyakit, kalau dah dapat penyakit, nak apply insuran pun susah.. byk syarat dan penyakit yang sedia ada tidak akan di lindungi..

    dan sebab itu juga, orang yang bekerja sendiri atau dengan swasta di galakkan untuk mendapatkan polisi insuran walaupun dalam masa yang sama company cover kita.. tapi nasihat saya, ambil plan insuran yang sesuai untuk kita, jgn main ambil jer.. kekedang insuran yang disyorkan tak sesuai dengan kita..

    renung2 lah..

  • Zaidi says:

    Sebagai takaful advisor, dah tentulah saya rekomen ambil takaful. :)

    Bagi saya, kalau dah ambil Medical Card, pampasan penyakit kritikal tu tak payah ambil lg, sebab card dah cover semua rawatan. Kalau nak sangat pampasan, ambil sikit2 je utk kos rawatan cara alternatif (mcm Azean Irdawaty) sbb selalunya, penyakit kritikal spt cancer, hospital mungkin tak boleh nak buat apa dah.

    Pampasan selebihnya (Death benefit) akan dibayar lepas meninggal. Biar lah waris yg dpt, kurang sikit beban isteri & anak2 nak survive dan belajar selain boleh kasi settle hutang piutang jika masih ada. Apa perasaan isteri & anak2 anda (atau ibu anda jika belum berkahwin) jika anda meninggal, mereka dibayar RM 80,000 misalnya.

    Pelan takaful la ni fleksible. Itu kalu PruBSN, tak tahu lah produk lain.

    Kalau kita dah dapat rumah kuarters, bukan bermakna kita tak perlu beli rumah sendiri. Takkan nak tunggu pencen baru nak beli rumah. Masa tu, rumah pun dah mahal dan tak ada bank nak bagi pinjaman lg.

    Sama juga, kalau dpt benefit syarikat, elok ambil takaful sendiri. Mana tahu dah sakit, company mesti buang punya kalau dah hilang upaya atau asyik mc je. Masa tu, dah tak ada lg medical benifit syarikat. Kalau dah tua, kena buat medical check up sebelum permohonan diluluskan. Klu tak clear, sure kena reject.

    Kelebihan takafulink, duit yang dibayar boleh dapat semula pada masa depan. Tak macam insuran kereta. Semua yg kita bayar tak boleh masuk poket kita semula.

    Lagipun, tak perlu tunggu tempoh matang utk keluar duit simpanan kita. Ini dikira value added berbanding berbanding simpanan di bank, keluarga anda tak dilindungi dgn kos rawatan atau pampasan jika sakit atau meninggal.

    Utk gov svnt, kalau tak nak ambil Med. Card, ambil protection saja. Tanpa medical card, protection value akan jadi lebih tinggi.

    Keputusan di tangan anda.

  • m.ruzaini.h says:

    saya setuju dengan pandangan tuan tentang takaful membantu semasa musibah melanda.. :)

  • Helmy says:

    Pada pandangan saya, penjawat awam tetap perlu kepada medical card kerana:

    1. Walaupun kos perubatan & servis free tp kos peralatan seperti kerusi roda, besi nk masuk bdn dll adalah ditanggung oleh individu itu sendiri. kalo kos nya ckit boleh la nk absorb tp kalo dh beribu2 abis la duit simpanan atau terpaksa pinjam kt sedara mara.. silap2 adik-beradik pun boleh bergaduh bila nk bayar kos peralatan utk parent walaupun masuk hospital kerajaan.

    2. Walaupun anda entitled utk wad kelas pertama atau apa-apa kelebihan disebabkan jawatan yg tinggi dlm kerajaan, anda masih perlu tunggu giliran jika ramai yg sedang menunggu rawatan yg sama & mungkin jawatan org lain lg tinggi dr kita.. lebih2 lg jika org tersebut ada kabel dgn kerajaan senang2 jer dia nk potong giliran. Bila dh ramai silap2 kita x sempat nk tunggu rawatan dh pergi ke rahmatullah. Ada kes seorg bekas Hakim pun x dpt kemudahan yg diperlukan bila smpi masanya. macam mana pula dgn mereka yg bergred rendah? fikir2 lah sendiri.

    3. Keselesaan, bg yg Islam boleh mengelakkan aurat kita dilihat oleh yg bukan muhrim. kerana di hospital kerajaan mungkin kita akan bersesak2 bersama2 pesakit yg lain tanpa tirai atau kemudahan tandas yg teruk. cth, di Hospital Kajang ada seorg pesakit (Makcik) penat dia berjalan jauh nk ke tandas dlm keadaan sakit tp rupa2nya tandas tersebut xde air. bayangkn kalo yg kene itu ahli keluarga kita (Mak, Ayah, Isteri atau adik-beradik).

    Sekian sahaja utk kali ini, renung2kan dan selamat beramal.

  • m.ruzaini.h says:

    yup.. betul tu.. :)

  • ahbing says:

    bagi saya medical card memang penting.

    nak ambil medical card ni tahun lalu tapi paling murah pun rm100++.
    adakah medical card yang murah sedikit… boleh suggest?

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.