Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Amanah Saham Bumiputra & ASNB, Pengurusan Kewangan

ODASB VS ODASB+CC :- part 1

Submitted by m.ruzaini.h on November 14, 2010 – 1:49 amOne Comment

ODASB VS ODASB+CC

salam,

kita sedia maklum yang kita akan mendapat kemudahan Overdraft (OD) dimana ASB adalah gadaian kita untuk mendapat kemudahan itu.. untuk ODASB ianya bukan 1 to 1 basis.. kebiasaan OD yang kita dapat adalah diantara 90% – 95% dari nilai ASB. Tp itu dulu la.. sekarang individu dah tak boleh apply ODASB ni..hanya untuk company jer..

teknik ODASB ni apabila kita guna dengan cara yang betul.. kita akan menyimpan dengan kadar yang tinggi setiap bulan..

anda tentu pernah tahu tentang ODASB+CC.. dimana kita menggunakan CC untuk mendapatkan Cash advance dan dimasukkan duit itu kedalam acc OD. dan ramai yang mengatakan cara ini adalah cara yang terbaik.. but pendapat saya, ianya tak boleh dikatakan cara yang terbaik. dalam financial ni setiap teknik adalah bergantung kepada kesesuaian induvidu..

sekiranya kita menggunakan CC sebagai tools dalam ODASB ni, kita mesti mengambil kira perkara2 berikut:-

  1. tax CC
  2. withdrawal charges
  3. anual fee
  4. interest(daily rest – 13-18%/year)
  5. CCRIS (record penggunaan CC di bank negara)

teknik gandaan untuk cash advance adalah kaedah yang paling ramai orang guna, nilai pengeluaran bergantung perbelanjaan bulanan kita.

sebagai contoh, perbelanjaan saya sebulan adalah sebanyak RM2000:-

bulan 1 = RM2000

bulan 2 = RM4000 (RM2000 belanja , RM2000 pay CC bulan 1)

bulan 3 = RM6000(RM2000 belanja , RM4000 pay CC bulan 2)

bulan 4 = RM8000(RM2000 belanja , RM6000 pay CC bulan 3)

bulan 5 = RM10000(RM2000 belanja , RM8000 pay CC bulan 4)

bulan 6 = RM12000(RM2000 belanja , RM10000 pay CC bulan 5)

bulan 7 = RM14000(RM2000 belanja , RM12000 pay CC bulan 6)

bulan 8 = RM16000(RM2000 belanja , RM14000 pay CC bulan 7)

bulan 9 = RM18000(RM2000 belanja , RM16000 pay CC bulan 8)

bulan 10 = RM20000(RM2000 belanja , RM18000 pay CC bulan 9)

bulan 11 = RM22000(RM2000 belanja , RM20000 pay CC bulan 10)

bulan 12 = RM24000(RM2000 belanja , RM22000 pay CC bulan 11)

kita lihat teknik gandaan digunakan, saya boleh katakan teknik yang digunakan ni macam gali lubang tutup lubang. dimana lubang makin besar untuk dikambusi.

pada bulan 12 kita telah mengeluarkan RM24k dari CA. macamamner kita nak bayar duit yang berkenaan.. adakah dengan mengali lubang lagi. kebanyakan orang yang menggunakan teknik ni pada hujung tahun, cara nak bayar CC itu adalah dari sumber yang berdasarkan assumption, dimana kita buat jangkaan yang kita dapat bonus, dividen ASB dan lain2 dan duit ini dugunakan untuk membayar CC ini pada akhir tahun..

tapi, jika kita takder bonus, dividen ASB jatuh dan lain2.. apa akan jd.. akhirnya kita terpaksa mengeluarkan ASB yang kita simpan itu unutk membayar CC yang berkenaan. dan paling teruk.. kita terpaksa gali lubang lagi… renung2 lah.

sebenarnya.. itulah risiko yang perlu kita tahu sebelum kita buat teknik ini.. kalau kene dengan caranya.. teknik ODASb+CC ni mungkin akan membuat anda mempunyai simpanan yang banyak dalam tempoh yang singkat.

jika kita menggunakan teknik ODASC+CC gandaan ini charge pengeluaran dan interest yang dikenakan adalah cost yang perlu kita ketahui dan sediakan.

sebagai contoh, pada bulan 12 kita perlu mengeluarkan sebanyak RM24k.. sekiranya kita menggunakan CC bank rakyat (100% pengeluaran) kita akan dichargekan sebanyak 3% dari pengeluaran yang kita buat dan kita akan mendapat 20 day free interest.

RM24,000 X 3% = RM720.00 —-> charge yang dikenakan.

jumlah yang perlu dibayar dalam sebelum due date adalah RM24k + RM720 = RM24,720.00.

jika kita guna swipe card facilities untuk BSN. kita akan dikenakan RM50 untuk setiap pengeluaran dimana max setiap pengeluaran adalah sebanyak RM10k (sila rujuk BSN untuk latest info). dan untuk mengeluarkan RM24k kita perlu melakukan 3 kali pengeluaran dan kita dikenakan sebanyak RM 150.

contoh2 diatas kita hanya mengira untuk pengeluaran bulan 12 jer.. bagaimana pengeluaran untuk bulan 1-11.. try la kira… renung2 lah.

nasihat:- belajarlah untuk mengambil tahu ape yang kita buat, jangan hanya mengikut kata2 orang.. apabila kita tahu apa yang orang suruh kita buat.. kita tentu terkejut dengan apa yang kita tahu.. :)

bersambung …. teknik ODASB sahaja but similir dengan teknik ODASB+CC ( just perbandingan)

sekian

Ruzaini

related link :- ODASB VS ODASB+CC :- part 2



Random Posts

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.