Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Amanah Saham Bumiputra & ASNB, Pengurusan Kewangan

Bagaimana kiraan dividen ASB

Submitted by m.ruzaini.h on November 7, 2010 – 2:16 am51 Comments

salam,

Kita dapat lihat kesedaran meningkat untuk menyimpan dikalangan rakyat malaysia terutamanya pada orang melayu dan ramai juga yang tahu ASB adalah unit amanah yg memberi pulangan yg konsisten kepada pemegang unitnya, dan yg lebih istimewa sekali.. ASB ni hanya diperuntukkan kepada bumiputra malaysia sahaja..

saya banyak membaca tentang teknik2 yang menggunakan ASB as a platform/tools untuk menambahkan saving bulanan individu.. dan terdapat beberaper kekeliruan terutamanya yang melibatkan pengiraan dividen dan juga pengiraan yang berkaitan seperti interest card credit, interest OD dan sebagainya..

contoh kesalahan pengiraan dividen ASB adalah seperti yang berikut.

jika kita menyimpan sebanyak RM1000/month selama 12 bulan.. dimana kita akan dapat simpan sebanyak RM12,000 pada penghujung tahun.. jika dividen yang di umumkan adalah sebanyak 10%, berapakah jumlah dividen yang diperolehi..ramai yang membuat kiraan dividen untuk unit bernilai RM12000 sebanyak RM120 dimana dividen yang diperolehi adalah 10% daripada RM120000, adakah betul kita akan mendapat dividen RM120.. jawapannya salah.. nilai RM120 hanya akan kita perolehi jika kita simpan sebanyak RM12000 pada bulan pertama. dan bukannya monthly saving sebanyak RM1000..

dividen ASB dikira diatas baki minimum unit setiap bulan.. oleh yang berkenaan.. jika saving RM1000/month dan divident yang diumumkan adalah sebanyak 10%.. maka pulangan sebenar yang kita peroleh adalah hanya 5% sahaja secara kasar iaitu sebanyak RM60 sahaja.. RM60 ini adalah kiraan kasar sahaja.. kiraan yang sebenar ditunjukkan dalam contoh2 di bawah.. :)

————————————————————————————————————————————————–

Pengiraan dividend ASB adalah berdasarkan pada setiap bulan keatas baki minimum dalam bulan itu. Apa yang ada perlu ada sebelum kita melakukan pengiraan ini adalah calculator dan sedikit ilmu matematik UPSR untuk mengira peratusan.

Disini saya sertakan 2 contoh case dimana

  1. Case 1:- simpanan secara tetap sebanyak RM500/bulan
  2. Case 2:- terdapat transaksi masuk dan keluar secara tidak konsisten pada bulan 2.

note:- kiraan bonus tidak ditunjukkan didalam kiraan dibawah.

——————————————————————————————————————————-

Case 1:-

Simpan RM500/bulan – mula January 2010 (27hb every month)

Dividen 8%

Kiraan dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum setiap bulan

div calculation

Merujuk jadual pengiraan diatas, anda tentu tertanya mengapa untuk bulan 1 tiada dividen diberikan, oleh kerana dividen dikira berdasarkan baki terendah kita dapat lihat pada awal bulan ASB kita adalah RMO dan kita hanya mula simpan duit didalam ASB sebanyak RM500 pada 27 januari. So, diantara RM0 dengan RM 500 manakah baki terendah untuk bulan januari. Jawapannya ialah RM0. Dan disebabkan itu, tiada dividen diberikan untuk bulan itu.

pada akhir tahun, jumlah simpanan kita adalah sebanyak RM5500, kalau nak diikutkan, divident yang sepatutnya kita akan dapat adalah sebanyak:-

RM5500 X 7% = RM385.00

tapi kita hanya dapat RM192.50

so, disini dapat disimpulkan, jika menyimpan secara consisten selama 12 bulan, kita hanya akan mendapat lebih kurang 3.5% jer keuntungan..

—————————————————————————————————————————————————————

Case 2

Amar bekerja sebagai jurutera dia menetapkan untuk menyimpan sebanyak Rm500 sebulan, tetapi pada bulan Februari dia telah membuat pengeluaran sebanyak RM500 dan menyimpan sebanyak RM1000( 2 kali saving), berapakah dividen yang akan amar perolehi untuk tahun 2010?

div 1

Jikalau dividen pada tahun 2010 diumumkan sebanyak 7%

Kita dapati pengeluaran berlaku pada bulan februari dan juga simpanan yang dibuat adalah sebanyak dua kali iaitu RM300 pada 2 februari dan Rm700 pada akhir bulan. Oleh kerana dividend dikira atas baki terendah pada setiap bulan. Kita dapati pada bulan februari baki terendah adalah sebanyak RM800 walaupun baki simpanan pada akhir bulan adalah sebanyak RM1300. Kesimpulannya adalah, dividend pada bulan februari adalah diatas baki RM800 itu. Jadual dibawah menunjukkan summary baki untuk bulan februari

div 2

Jikalau dividen pada tahun 2010 diumumkan sebanyak 7%, maka kiraan untuk dividen pada tahun 2010 untuk ASB amar adalah seperti jadual di bawah dimana Amar mendapat keuntungan dividen sebanyak RM226.33.

other link untuk kira dividen ASB 2010 —> click

Random Posts

51 Comments »

  • [...] dividen ASB 2010, dividen 7.5% bonus 1.25%.. sebelum ni aku dah ada tulis pasal dividen ASB ni (click ).. tapi macam susah nak faham kot.. so, hari ni aku tulis atas kertas seanng sikit nak faham kot.. [...]

  • missrapunzel says:

    salam…
    sy faham dgn pengiraan di atas…cume nak tye,contohnye…baki asb bagi tahun 2009 RM10k…then sy masuk every month rm300 secara tetap dlm tempoh setahun(2010)…bagaimana pulak pengiraan utk baki bagi tahun 2009 iaitu RM10k td?

  • m.ruzaini.h says:

    pada tahun 2010 cik akan dapat dividen penuh atas baki 10k itu tadi, dan saving bulanan 300 tu akan dikira secara purata untuk setiap bulan..

    dividen 2010 (7.5%) :-

    10k divident = RM750

    300/month @ 3600/year = RM135 bukannya RM270..

    total RM750 + RM135 = RM885

    hopefully boleh faham penjelasan sy itu..

    TQ

    ruzaini
    0133999160

  • princess says:

    salam nak tnya…klau saya x masuk every month secara konsisten dan tetap( kira sy tak simpan setiap bulan la)dia kire cmner lak?

  • m.ruzaini.h says:

    still dapat..

    PNB kira dividen adalah atas baki terendah setiap bulan

    sebagai contoh..

    untuk bulan 2,

    1hb baki 1000
    2hb baki 1400
    15hb baki 300
    20hb baki 15000

    kalau kita tgk, baki tertinggi untuk bulan 2 adalah RM15,000, dan baki terendah adalah RM300..

    kiraan dividen adalah diatas baki 300 tu..

    (7.5%) bahagi (12 bulan) * RM300 = RM 1.875.. ini dividen untuk bulan 2..

    so, awak boleh kira untuk bulan yang seterusnya.. so, totalnya akan dapat la dividen untuk 1 tahun..

    hopefully boleh faham apa yang saya maksud kan..

    thanks kerana layari blog saya.. :)

  • neofad says:

    tolong kirakan rm50k/monthly rm284 for 1year n seterusnya…tq

  • zahalee says:

    Cara kiraan di atas ternyata salah. Sila rujuk prospektus dengan teliti. T.kasih

  • zahalee says:

    Opps…saya salah tengok jadual…sori…

    Cuma yg dalam post tu kenapa RM60 sahaja…kalau simpan 1000/month, dividen 10%…bulan pertama dah dapat 100?

  • m.ruzaini.h says:

    kalau 10%, and simpan 1000/month,

    10% bahagi dgn 12 bulan, then baru darap, baki minimum untuk bulan itu..

  • panda says:

    salam mohon tanya
    kalau dalam setahun hanya masukkan sekali saja pada bulan pertama rm2000, tiap2 bulan akan kira (7%/12)(2000) atau hanya kira sekali saja?mean baki tiap2 bln rm2000, tak ada wat pertambahan or tak keluarkan langsung duit dlm tu.jd tiap2 bulan akan kira utk rm2000 tu saja kan?

  • m.ruzaini.h says:

    kira pada setiap bulan.. make sure kira atas baki terendah pada bulan itu.. kalau 2000 masuk awal tahun.. so.. untuk 1st month tu.. baki minima adalah RM0… yang 2000 tu akan dikira sebagai baki minimum untuk bulan2 yang seterusnya (jika tiada pengeluaran)

  • panda says:

    oo tq..tp kalo asb loan pulak mcm mn yea kiraan dividen?sma mcm ni ke?sbb bulan2 byr jumlah yg tetap.mean peratus dividen x jumlah pinjaman asb atau dividen darab dgn jumlah baki setiap bulan?

  • m.ruzaini.h says:

    darap dengan jumlah pinjaman dan juga cash yang ada dalam asb,..

  • syamira says:

    good blog, thank you, keep it up :)

  • ida says:

    salam…
    banyak pengetahuan anda dalam bidang kewangan. tahniah.
    i nak minta nasihat untuk insurans pendidikan. tq

  • m.ruzaini.h says:

    insyallah boleh.. kita boleh berjumpa untuk saya berkongsi ilmu.. :)

  • budak kecil says:

    Salam..
    sy lg pelik dgn ape yg jd kt saya ni..
    klu simpanan ade RM1500.. tak de sebarang simpanan n pengeluaran dilakukan.. tp tup tup bila update buku bank ASB minggu lepas, die dah jadi RM2600.. ?? RM1100 naik. mcm mane boleh jd mcm ni.. type error kot.

  • m.ruzaini.h says:

    budak kecil:-

    menarik tu… dapat additional 1100… sebelum ni ada buat loan ker..

  • ASBI says:

    Menarik! untuk info kewangan,
    =)

  • Lydia says:

    Salam….

    Sungguh membantu dan baru sekarang saya faham ttg hal ini.
    Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

  • Clueless says:

    Memang pelik la. Apa pasal kadar dividen tu dibahagikan dengan 12? Sedangkan pada bulan pertama langsung tidak dikira. Kalau betul pun cakap jak la terus terang, “Setiap bulan, dividen ialah 0.00583.” Lagi senang. Tidak perlu utk pengguna susah payah mengira segala~

    *0.07 ÷ 12 = 0.0583. Bukan dalam %.

  • Clueless says:

    *0.07 ÷ 12 = 0.00583. Bukan dalam %.

  • m.ruzaini.h says:

    tak perlu susah2 nak kira pun, just g bank.. update buku.. hehehehe.. yg penting masyuk :) untuk details kiraan ini hanyalah untuk org yang betul2 nak full utilze loan ni untuk dapat high ROI.. :)

  • laila16ten says:

    …Salam!..
    …Saya belum lagi membuat sebarang pelaburan di ASB..dan saya ingin melabur sebanyak 20k untuk permulaan.Bagaimanakah pengiraan peratusan dalam setahun sekiranya tiada membuat sebarang pengeluaran?.Terima kasih.

  • m.ruzaini.h says:

    Laila,

    Bergantung kepada blr dan juga dividen…insyallah boelh dpt more than 10%

  • onick says:

    klu simpan rm10k sekali setahun,dan tahun seterusnya rm10k.bagaiman pula pengiraan nya,,,,

  • SD says:

    salam.. sd nak tnya.. contoh kes 1 tu kan.. dalam jadual tu darab 7% yg merujuk pada dividen… mcm mna pula nak kire bonus ye..? sy ni baru join ASB loan.. xbrapa faham… tahun ni pny dividen 7.65% kan..

  • SD says:

    dan adekah pngiraan utk tahun ke-2 juga sama spt ini..? contoh kes 1, jumlah dividen adelah RM192.50, maka tahun ke-2 juga akn sama iaitu RM192.50..?

  • m.ruzaini.h says:

    Untuk bonus kene kira prorate utk 10 tahun… Kene bahagi 120 bulan :-)

  • m.ruzaini.h says:

    SD:- kalau kita tak keluar dividen kita untuk tahun kedua.. maka dividen kita akan dapat lebih dari yg dinyatakan..

  • TQ ur information..
    alhamduliah..saya tgh penuhkan account ASB
    aminnn…..

  • Cempedak Luar Pagar says:

    Very informative and helpfull site…well done bro.

  • CLP says:

    Katakan saya ada 10,000 dalam akaun. Saya keluarkan semua jumlah tersebut (10,000) pada jam 10pagi dan masukkan balik 10,000 pada jam 3 ptg pada hari yg sama, berapa kan baki terendah bulanan pada bulan tersebut. rm10,000 atau rm0 ?

  • m.ruzaini.h says:

    CLP;
    RM 0 tuan

  • ray says:

    if invest rm1000 pada 1feb (hari berkerja) and masuk again RM500 pada 10feb…dividend akan dikira pada RM1000..bagi bulan Feb..kerana telah cukup/genap sebulan (dgn syarat tiada pengeluaran pada bulan tersebut)
    So..tidak tepat mengatakan dividend padab baki terendah iaitu rm500 kerana rm500 tidak cukup haul melayakkan menerima dividend..sekira dividen di bayar rm500 tetapi bukan rm1000..satu penipuan oleh PNB telah berlaku..lebih ketara if anda melabur rm100 saja..so adakah dividend pada nilai terendah rm100?

    Ini tidak adil dan tidak menggalakkan org melabur secara tambahan yg nilainya kurang dari RM1000. saya rasa ada ulasan tambahan lagi terhadap…”dividend dibayar pada baki terendah..”

  • m.ruzaini.h says:

    ray:-

    berdasarkan record didalam buku ASB saya.. dimana saya pada mulanya mempunyai baki hanyalah RM100 dan pernah masukkan duit sebanyak Rm50 sahaja setiap bulan.. dan saya still menikmati dividen dan bonus untuk tahun itu walaupun sedikit.dividen dan bonus yang saya perolehi juga hampir menyamai dari kiraan yang saya dilakukan.

    akan tetapi, jika en ray dapat membuktikan tentang perkara ini.. maka ianya tidak adil kepada pencarum yang mencarum dalam jumlah yang kecil.

    Tq

  • OKB says:

    Salam…

    Adakah simpanan di ASB mendapat faedah yang paling tinggi atau ada lagi yang paling tinggi kadar faedah selain ASB :)

    Sekian Thank You.

  • m.ruzaini.h says:

    salam OKB,

    ASB berharga tetap sebanyak rm1=1unit, tanpa dikenakan charge masuk atau keluar… dan pulangan yang diberikan berdasarkan sejarah pulangan dari awal ditubuhkan adalah stabil dan berpatutan dan risiko yang sgt rendah..

  • rebung88 says:

    salam,

    trima kaseh ats info2 yg berguna

  • amar says:

    saya bru je aply loan rm 50k pada bulan ogos 2012. agaknya adakah saya mendapat dividen utk tahun 2012 memandangkan pelaburan saya tidak sampai setahun pun. harap pihak tuan dpt memberi penjelasan
    tq..

  • m.ruzaini.h says:

    amar:-

    yup.. anda akan dapat dividen juga… tapi tak penuh lah.. sekiranya pihak bank telah membeli sijil asb pada bulan ogos.. so anda akan mendapat dividen untuk 4 bulan..

    Tq

  • amar says:

    tq for penjelasan. tp masih juga x faham,
    so berapa agaknya jumlah dividen utk 4 bulan tersebut jiak jumlah loan 50K dgn dividen 7.75. tiada transaksi kluar masuk sepanjang 4 bulan tersebut.from ur excel, jumlahnya 968. full year 3k somthing lh adakah kiraan betul? adakah jumlah x penuh yg saudara maksudkan itu adalah 968/3875?
    harap boleh tolong kira, maklumlah saya masih bru dlm hal ni hehehe….

  • m.ruzaini.h says:

    amar:-

    yup.. boleh guna excel itu untuk kiraan dividen… just masukkan data yang diperlukan… by the way… nilai dividen itu bergantung kepada bila tarikh bank beli sijil itu.. kalau lambat beli.. maka mungkin anda akan dapat kruang…

    jika baki terendah bulanan maintain sebanyak RM50k untuk 4 bulan… maka anda akan dapat RM50k * (7.75%)/12 * 4 = RM1291.67..

    atau

    jika baki terendah bulanan maintain sebanyak RM50k untuk 3 bulan… maka anda akan dapat RM50k * (7.75%)/12 * 3 = RM968.75..

    Tq

  • amar says:

    tq for info yg saudara berikan.. bru faham hehe….

  • m.ruzaini.h says:

    amar:-

    welcome.. semoga tahun 2013 dapat bg ROi yang tinggi.. :)

  • diana says:

    salam.

    sy nak tnya ..antara simpanan di ASB dan TABUNG HAJI..mana lebih baik..tq

  • m.ruzaini.h says:

    diana:-

    tabung haji untuk simpan duit dimana zakat dibayar oleh tabung haji…

    manakala untuk asb pulak, saya buat loan asb…

    kesimpulannya…

    cash di tabung haji..
    loan di asb…

    Tq

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.