Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengurusan Kewangan

Ada apa dengan CCRIS

Submitted by m.ruzaini.h on May 26, 2010 – 2:09 am19 Comments

Apa itu CCRIS, sebelum ni.. aku try surf dalam internet.. nak tahu pasal CCRIS ni yang sebenarnya.. yang banyak ada , adalah general overview jer.. macam ambil info dari bank negara website dan translate jer info tu.. so.. tak banyak info yang berguna didalam net setakat ni.. kalau ada.. maybe tak masuk dalam search engine google atau yahoo.. so, aku try cerita pasal CCRIS ni dari pengalaman aku dan pertanyaan aku dikaunter BNM dan juga info dari pegawai bank yang aku kenal.

Central Credit Reference Information System (CCRIS) adalah satu sistem databased yang diwujudkan oleh BNM untuk dijadikan sebagai rujukan kepada financial institusi didalam memberikan pinjaman2 kepada pemohon. senang jer nak tahu macammaner sistem ini berfungsi.

1st :- sistem ni akan record segala bentuk penjaman yang kita ada dengan institusi kewangan yang terletak dibawah kuasa bank negara.

2nd:- sistem ni akan menunjukkan track record atau sejarah kredit kita selama 12 bulan, sebagai contoh, hari ni 26 mei 2010.. so dalam sistem akan ada track record pinjaman anda dari jun 2009 – hingga mei 2010. kalau kita miss bayar satu bulan.. so akan itu akan di recordkan didalam sistem secara automatik. dan bad record tu akan hilang selepas 12 bulan.. lama tu.. so hati2 yer. kalau dapat 0, maka tiada outstanding loan la.. klu dapat 2, maka kita ada outstanding selama 2 bulan.

aper lagi yang u all nak tahu ek..

kalaulah anda ada giler2 bad record sebagai contoh tak bayar pinjaman selama 20 bulan katakan lah.. so, dengan confirmnya anda tak dpt buat loan langsung dengan bank.. kalau tak percaya.. cuba lah.. tak bayar 20 bulan.. kalau bernasib baik.. bank masih lagi tak kemukankan saman.. klu dah kene saman.. denagn CTOS lak akan hadapi problem.. tp pasal CTOS.. aku akan cerita kemudian yer..

bersambung cerita tadi.. kalau dah tak bayar 20 bulan.. so dalam ccris akan mention 20 bulan tak bayar.. so, let say u nak buat full settlement untuk loan tu, dengan harapan, record tu akan hilang dari dalam sistem.. persoalan ni lah yang banyak orang tanya.. biler ek record tu akan hilang dalam sistem.. macam ni kisahnya

1st:- u all bayar loan tu semua.. full settlement.. u akan dapat surat dari bank sebagai tanda u dah bayar semua nya.

2nd:- bank akan update dengan BNM berkenaan dengan status anda tu.. persoalannya.. adakah dalam sistem ccris masih ada lagi bad record kita tu.. dengar kata orang lah.. bank negara akan update setiap 15hb kedalam sistem untuk clearkan nama kita dalam sistem.. bermaksud.. loan kita tu takkan kelihatan dalam sistem lagi.. so.. clear la nama kita..

yang jd problemnya.. kalau kita buat settlement.. then lepas 15hb kita check.. and loan tu masih ada lagi dalam sistem.. maka.. pergilah ke bank yang anda buat loan tu.. marah kat dia.. suka hati jer hantar lambat2 nama kita ke BNM.. coz dah menjadi tanggungjawab bank untuk update status kita pada bank negara,,

alamak.. terluper lak nak bgtau.. u all kalau nak check status ccris.. just pergi bank negara.. aku hari tu naik komuter jer.. ada kios self check.. ada komputer and printer dekat situ.. anda just perlu bawak diri and kad pengenalan.. masukkan kad pengenalan dalam kad reader.. pastu letak ibu jari pada pembaca cap jari.. lepas tu.. keluarlah record dia.. and then.. print la.. sebagai record.. tapi. self chek ni.. hanya dibenarkan 3 atau 2 bulan sekali jer.. so.. jgn gatal2 nak request lagi kalau tak sampai 3 bulan yer..

dibawah ni.. aku dapat cari dekat internet..aku just cut and paste jer. sebagai contoh laporan CCRIS. ( source http://www.yousaytoo.com/apakah-itu-laporan-ccris/91550 )

remote_image20090906-17317-r85e8l-0

Ok, sekarang cuba kita lihat contoh laporan CCRIS di atas dan apa yang kita ketahui melalui laporan ini. Disini kita boleh lihat yang individu ini sekarang mempunyai 3 kemudahan kredit di atas nama beliau contohnya perkara no 1

  1. Pinjaman kereta yang diluluskan pada 05/12/2003 yang berjumlah RM 86,000. Jumlah baki hutang yang tinggal bagi pinjaman tersebut ialah 75,663 pada 30/09/2005. Di bahagaian conduct of amount kita dapat lihat sama ada individu ini mempunyai rekod bayaran yang cantik atau tidak. Huruf O S A J J M A M F J D N melambangkan bulan contohny J untuk Januari. Nombor dibawah huruf tersebut bermaksud bayaran bulanan yang individu ini tidak lakukan Contohnya bulan N ( Novermber). Individu ini mempunyai rekod tunggakan 2 bulan.

Jadi apa yang boleh kita simpulkan di sini adalah mereka yang ingin memberi kemudahan kredit dapat menilai sejauh mana disiplin dan keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman mereka. Ini berguna kepada syarikat pemberi pinjaman kerana mereka dapat mengurangkan risiko NPL ( Non Perfoming Loan ) dalam organisasi mereka.

Kalau kita lihat di bahagian A pula, kita boleh lihat sama ada individu ini pernah memohon untuk mendapatkan pinjaman atau tidak? Contohnya di sini kita dapat lihat yang individu ini pernah memohon untuk mendapatkan pinjaman berjumlah RM 560,000 pada 19/10/2005.

Kepada anda semua, inilah sebab kita perlu menjaga kewangan kita supaya tidak menunjukkan sesuatu yang negatif di dalam laporan CCRIS kita. Banyak di antara pemohon pinjaman gagal mendapatkan pinjaman mereka kerana mempunyai rekod pembayaran hutang yang tidak cantik atau konsisten. Ini memberikan gambaran kepada syarikat yang ingin memberikan pinjaman yang anda seorang yang berisiko tinggi.

Bagaimanakah laporan CCRIS yang cantik ?

Laporan CCRIS yang cantik ialah mereka yang mempunyai rekod pembayaran balik hutang yang cantik dan tiada tunggakkan. Jika tiada tunggakan, nombor di bawah huruf O S A J J M A M F J D N tadi akan menunjukkan angka kosong?

Jika laporan saya cantik, adakah bermakna pemohonan pinjaman saya senang lulus?

Tidak juga. Ianya bergantung kepada komitmen anda. Jika komitmen anda tinggi, contohnya banyak pinjaman tetapi pendapatan yang rendah, kemungkinan pemohonan pinjaman anda juga tipis.

Saya berumur 3o tahun dan tiada rekod pinjaman sebelum ini, tetapi kenapa masih gagal mendapatkan kemudahan credit daripada bank?

Faktor yang boleh saya fikirkan disini ialah, pihak bank mungkin agak takut untuk memberikan pinjaman yang besar seperti rumah atau kereta kerana mereka tidak boleh mengkaji risiko mereka disebabkan mereka tidak tahu sama ada anda seorang yang berdisiplin atau tidak. Saya syorkan anda memohon kad kredit dan buktikan kepada pihak bank bahawa anda seorang peminjam yang bertanggungjawab dalam membayar balik hutang.

Saya sudah membuat bayaran penuh tunggakan pinjaman saya sebelum ini, tetapi kenapa masih gagal mendapatkan pinjaman?

Ini kerana ada sesetengah bank meneliti dan mengunakan laporan CCRIS ini sebagai bantuan penilaian mereka. Bank selalunya mempunyai laporan CCRIS untuk 6 bulan yang lepas sahaja. Jadi mungkin rekod pembayaran yang kurang cantik masih boleh dilihat oleh bank. Cuba pohon semula selepas 6 bulan, di mana rekod tersebut mungkin tidak ada lagi di dalam laporan CCRIS anda. Walaubagaimanapun, saya cadangkan anda semak juga laporan CTOS anda kerana mungkin mempunyai saman?

Random Posts

19 Comments »

  • naeza says:

    saudara,

    thanks for the info..sgt membantu article ni..worth reading..

  • m.ruzaini.h says:

    welcome.. :)

  • gino says:

    Salam. Penerangan yg cukup mantap dan senang d fahami. Saya ada satu pertanyaan. Thn lepas aku g bnm . Tengok dlm rekod. Kereta saya tertungak 2bln dari bln 8 dan kebelakang. Tp start dari bln 9 thn lepas sampai ke hari ini. Bayaran cantik. Start bln9 thn lepas sehingga sekarang dlm rekod dah 0. So klu aku nak buat loan kereta kira dah blh lepas ke blm.?

  • m.ruzaini.h says:

    gino:-

    CCRIS hanyalah record penjaman kita.. dan bank tgk ccris kita sebagai rujukan tabiat pembayaran hutang kita… kalau bank rasa ok.. maka bank akan bg kita loan..

    Thanks

  • ida says:

    hello,

    Saya berada dalam masalah jadi penjamin kereta orang and sekarang orang tu dah tak bayar for 4 month. Saya bekerja di singapura, persoalannya adakah saya tidak dapat kerja di luar malaysia lagi jika masalah ni tidak selesai?

  • m.ruzaini.h says:

    ida:-

    tiada masaalah hendak keluar negara jika bank black list… tp akan jd masaalah jika anda diistiharkan bankrupt disebabkan jaminann tersebut.. default lebih 30k berisiko diistiharkan bankcrupt jika bank ambil tindakan mahkamah..

    sekian

  • lie87 says:

    Tq bro penerangan yg jelas.
    Cuma sekarang sy ad masalah skit utk beli kereta.
    Sy dah buat full settlement kredit mad bulan lepas & Surat pon sy full settlement pon dah dpt drpd bank.
    Jd sekarang pihak bank yg sy buat loan utk beli kereta bgtau, sy kena minta surat dr BNM utk memastikan nama saya clear dlm record CCRIS.
    Adakah betul semua tu sbb td bru g BNM diorang akan auto update n surat takkan dikeluarkan.

    Harap penjelasan dr bro.

    Tq

  • m.ruzaini.h says:

    lie87

    record ccris akan hilang bila hutang telah settle.. tapai akan ambil masa

  • Deris says:

    Salam nak tanya
    Jika ada hutang ngn aeon tak tak jelas kan and ade record ngn criss loan kereta lepas tak??

    Sebelum ni pnh buat loan dgn singer nak keluar motor, bile hq call interview lepas tu singer kata nak semak criss and ctos..
    Risau gak tp lepas 3 hari singer call kate loan dh approved tggu motor keluar .

    Sekarang nak buat loan bank nak keluar kereta dah seminggu bank tak call.tanye salesmen kate dlm process ..

    Adakah loan kereta akan approved??

  • m.ruzaini.h says:

    Deris,

    jika tak pernah miss byr and gaji bersih masih byk lagi selepas tolak hutang.. rasanya tiada masaalah untuk loan kereta diluluskan..

    Tq

  • irna says:

    best info

  • Rizal says:

    Salam .. Topik menarik .

    Den kena blacklist PTPTN sbb ada baki hutang rm2k sampai sangkut kat imigresen negara orang. Cop passport keluar xda pulak pegawai kata ada prob.

  • zairi says:

    Salam saudara, info yang menarik dan saya nak merujuk perkara berkaitan ccriss.

    saya telah semak rekod ccriss dan ctos saya yg saya perolehi dari CCTOS (latest update beli RM20 from Ctos).

    sejarah nya… saya baru selesaikan hutanh saya 2bulan lepas (hutang tertunggak dimana sebelum ini dalam rekod ccriss di bawah pemerhatian dan tiada tertera berapa jumlah bulan tak dibayar)

    nak jadikan cerira.. minggu lepas saya cuba buat permohonan pinjaman peribadi… minggu ni bank call kata tak lulus sbb rekod ccris, padahal dalam report CTOS dN CCrIS terbaru saya tak wujud.. zero rekod.

    apakah masalah sebenar, atau perlu menunggu sehingga 6 bulan?

    tedima kasih.

  • Halimjb says:

    Salam admin…saya baru lepas loan…kereta dah 2minggu saya tnggu tak siap lagi..puspakom dah siap buat..cuma tinggal tukar name je blum..saleman kedai tu ckp ada masalah dgn bank..die ckp geran tu blum di batalkn lagi dari bank..blh bagi penerangan tak admin saya kurang fhm

  • m.ruzaini.h says:

    halimjb

    saya tak berapa pasti masaalah yang tuan hadapi.. mungkin boleh call pihak bank untuk kepastian.

    sekia

  • SITI says:

    Salam

    Saya ada buat loan kereta dengan ambank, tapi officer cakap tal lepas coz ada ctos singer n salesman dah merayu dengan officer, officer cakap cara terbaik pg settle hutang singer tu bawak surat pelepasan n bagi pada dia. Tengah tunggu jawapan officer. Nak tanya agak2 lepas ke loan saya lepas saya dah buat settelment dengan singer?

  • m.ruzaini.h says:

    siti,

    insyallah ada peluang..

    terima kasih

  • M1z-nur says:

    Salam admin..sy kebetulan baru sahaja pergi ke bnm semalam semata2 nak semak ccris tu tp masalahnya kiosk tu x dapat membaca ic sy..bila sy tanya kat kaunter mereka kata kena ada lesen ataupun slip gaji ataupun salinan kwsp..jadi sy nak tanya apakah sebenarnya dokumen yg perlu sy bawa ke bnm untuk semakan ccris ni..sy x sempat nak bertanya lebih lanjut sebab orang ramai..mohon clearkan

  • m.ruzaini.h says:

    M1z-nur

    boleh guna servis berbayar yg kita boleh dptkan record kredit kita mcm RAM CREDIT INFORMATION SDN BHD

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.