Keretapi hilang kawalan.
Salam,
aku terbaca satu artikel tentang keretapi hilang kawalan sehinggal melanggar bangunan dimana, 3 orang maut. tapi pelik la kan, macamamner la keretapi boleh hilang kawalan, sedangkan, keretapi ni bergerak mengikut track. bukannya ada stering nak buat korner baring.. lawak betul..
sekian
Kereta api rempuh bangunan, 3 maut
25/03/2010 2:31am
OSLO 25 Mac – Sekurang-kurangnya tiga terkorban sementara tiga yang lain parah apabila sebuah kereta api kargo yang hilang kawalan merempuh sebuah bangunan pusat pemeriksaan di pelabuhan industri Norway hari ini, sebelum terjunam ke dalam laut.
“Tiga orang disahkan maut manakala tiga lagi parah, sementara seorang lagi mengalami kecederaan ringan,” kata seorang jurucakap polis kepada AFP.
Katanya, seorang lagi mangsa dilaporkan hilang.
Media Norway melaporkan, kereta api 16 gerabak tanpa muatan dan lokomotif itu hilang kawalan ketika menuruni kawasan berbukit di situ sebelum merempuh bangunan yang terletak bersebelahan landasan di satu kawasan perindustrian dekat ibu negara Norway.
Bangunan itu yang merupakan tempat pemeriksaan terbuka di mana beberapa pekerja dilaporkan bertugas ketika kejadian, runtuh dan sebahagian daripada kereta api berkenaan dilapor terjunam ke dalam laut.
Media melaporkan, lebih 10 ambulans, beberapa helikopter dan bot pengawal pantai bersama penyelam dikerah ke tempat kejadian.
Seorang jurucakap dari syarikat pemilik kereta api, Cargonet berkata, kereta api tersebut diletakkan di satu tempat, beberapa kilometer dari tempat kejadian tanpa lokomotif dan masih belum jelas bagaimana ia boleh bergerak sendiri.
Polis dalam satu kenyataan berkata, masih terlalu awal untuk menentukan punca kejadian. – AFP