Masuk kandang kambing, aku mengembek.. bek..bek
Salam,
aku just masuk kandang kambing jer la, tapi tak la mengembek.. hahahah
Hari ni aku ikut trip MSc student ke Yorkshire Dales. Dr tryner yang organise.. dia supervisor aku. mula2 taknak pergi.. tapi dia ajak.. pergi jer la.. maner tau tiba2 boleh dapat markah lebih sikit.. hehehhe…dijangka bertolak dari parkinson step pada pukul 9 pagi. tapi ada delay sikit, coz bas tak sampai lagi, so bas samapai dalam jam 9.20. perjalanan nya di anggarkan 2 jam. yg menarik dalam perjalanan ni, bas ni masuk kawasan kampung, so jalan punya la sempit. tapi driver pakar, so no prob.. hehehe..
Aku terasa pening la naik bas ni, coz jalan dia berbelit2 macam ular. kejap pusing kanan, kejap kiri. pening siot. aper lagi, tido la aku.. aku terjaga lebih kurang 1 jam lebih perjalanan, time tu, bas ni berenti, dia nak undur, tapi tak gerak, dok asik ramp minyak jer, aku suspect, mesti rosak ni.. memang betul.. gear box rosak, bas tak leh nak undur.. hampeh tul.. selepas beberaper ketika, Dr tryner bagitau yang replacement bas akan dtg lagi 3 jam, lambat la ni, takkan nak duduk jer kan, confirm tak tercapai hasrat kami nak pergi yorkshire dales.
Dr tryner bg cadangan agar kami semua ikut public track di kawasan ladang yang ada dekat situ, boleh tengok2 pemandagan alam sekitar, lagi pun.. bukannya kami ada buat aper pun. takkan dok melangut jer kan.. so.. start jam 12.30 tengah hari, bermula la perjalanan mencari kambing yang hilang.. wakkaakak.. walaupun tak dpt pergi ke yorkshire dales, masuk kandang kambing pun merupakan satu pengalaman yang menarik.
kami ikut public path yang melalui kandang kambing persendirian di kawasan ini, so, banyak la kambing2, lembu2 berkeliaran, kalau dah byk kambing tu, banyak gak la pelaburan dia di merata2 tempat.. hampeh punya kambing.. kalau yer pun nak melabur tu pergi la jamban, bengong punya kambing.. hehehe.. target kami pergi ke satu kampung, aku luper nama kampung dia, tapi kalau ikut track ni, lebih kurang sejam lebih.. memang memenatkan.. tapi berbaloi..
okla, itu jer kot aku nak cerita.. malas nak cerita panjang.. just tgk jer la ek picture2 yang tak di edit ni.. bye..
aku dan edgar di pit stop pertama. tak tau la aku kat mana..
aku dah edgar lagi…
jom bergambar -dr tryner
Thim and edgar nak jadi superman
dah sampai, selepas 1 jam lebih jalan kaki di ladang kambing
maner la Pub ni, haus aku ni – Dr chris Tryner
bukit batu.. tinggi siot bukit ni.
masuk kandang kambing 1 ke kandang kambing 2 (byk ladang kambing di sini)
maner la semua orang nitakkan aku sorang jer kot nak tolak bas ni (pic oleh Thim).
indah pemandangan (pic by edgar)