Trip ku ke Brighton pier
July 14, 2009 – 3:27 pm | 9 Comments

Salam
Sabtu lepas aku telah pergi ke Brighton pier yang terletak di brighton,England lebih kurang 2 jam perjalanan dari London and 6 jam dari Leeds. Korang tau ker apa maksud pier dalam melayu, pier ni …

Read the full story »
Borang Maa Takaful

Borang-borang yang berkaitan dengan MAA takaful dan juga procedure untuk claim

cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

maa takaful

Maklumat berkenaan MAA takaful hubungi saya di 013-3999160

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

teknologi,komputer dan internet

Cerita,berita,info berkenaan dengan teknologi semasa dan info-info mengenai komputer

Home » Berita

Puisi Majlis Amanah Rakyat

Submitted by m.ruzaini.h on June 18, 2009 – 2:42 pmNo Comment

Majlis Amanah Rakyat

Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya

Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka.

Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA – Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan

Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.

RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala

Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema

Kemunduran dan kemiskinan yang ketara.

Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga

Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan  Menjadi sumpah amanah suatu wawasan

Pada detik 1966 yang menentukan  RIDA pun dikerandakan dalam sejarah

Untuk sebuah nama baru yang keramat   Majlis Amanah Rakyat

Kini 25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia

Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera  Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan

Menilai kembali keberkesanan

AMARAH dan Amanah Rakyat yang  dipahatkan.

USMAN AWANG NOVEMBER 1991

mara

Related Post

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.